Dr Mahathir saman PMX RM150 juta, rakyat tunggu pendedahan 6 kotak rahsia

May 5, 2023 · Politik

Selepas tiada maklum balas berhubung tuntutan sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyaman Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir memfailkan saman libel RM150 juta terhadap Anwar kerana mendakwa beliau memperkayakan diri, keluarganya dan rasis, antara lain, malah sebelum ini mendakwa memiliki enam kotak rahsia kononnya melibatkan salah guna kuasa kerajaan terdahulu.

Bekas Perdana Menteri dua kali itu menuntut ganti rugi am RM50 juta dan teladan sebanyak RM100 juta, menurut laporan portal FMT.

Dalam penyataan saman itu, Dr Mahathir mendakwa kenyataan itu dibuat Anwar atas kapasitinya sebagai PMX, oleh itu ia mempunyai kesan lebih teruk terhadapnya berbanding kenyataan sama yang dibuat rakyat biasa.

Katanya, dakwaan itu menjatuhkan imejnya sebagai negarawan yang menjadi ketua negara sebelum ini.

Dr Mahathir sebelum ini memberi tempoh sehingga 17 April kepada Anwar untuk menjawab tuntutan yang dihantarnya tetapi tidak dibalas, ia antara lain memintanya menarik balik fitnah dan meminta maaf berhubung tuduhan menyalah guna kuasa bagi memperkaya keluarganya.

Isu enam kotak sebelum ini didedahkan bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor yang mendakwa bukti-bukti itu tidak ada pada beliau, sebaliknya berada di tangan Anwar.

Mohamad Ezam berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu, tetapi Anwar meminta beliau supaya “tunggu untuk (faedah) politik”.

“Saya tidak setuju. Itu antara sebabnya saya keluar PKR,” katanya semasa ceramah sebelum ini.

Bagaimanapun, sehingga hari ini enam kotak rahsia tersebut tidak pernah didedahkan walaupun ia sering digunakan sebagai modal politik dalam kempen sebelum ini.

Berita berkaitan
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
4 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
6 jam lalu· Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
June 2, 2023
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
8 minit lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok