Dr Mahathir sahkan kebenaran Zahid mahu hapuskan kes mahkamah dihadapinya

February 23, 2022 · Politik

Dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu menghapuskan kes mahkamah yang sedang dihadapinya sememangnya ada kebenaran, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri (PM) dua kali itu mendedahkan Zahid dilihat cuba menghapuskan kes tuduhan di mahkamah ketika Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa iaitu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai PM Kelapan sebelum dijatuhkan hasil kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya dengar bahawa dia (Ahmad Zahid) cuba nak hapuskan tindakan terhadapnya melalui mahkamah. Beliau juga mahu siasatan terhadapnya dihentikan dan itu benar.

“Tetapi saya tahu, masalah Ahmad Zahid ini ada kemungkinan beliau akan dimasukkan ke dalam penjara disebabkan kesalahan yang dilakukannya,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.

Dr Mahathir terdahulu menghadiri dan merasmikan Majlis Pelancaran Aspirasi Pejuang Johor.

Selain itu, beliau turut memberitahu Zahid juga pernah datang menemuinya untuk ‘berbaik-baik’.

“Zahid datang bertemu saya untuk berbaik-baik memandangkan ketika itu kemungkinan saya akan dilantik sebagai Perdana Menteri (selepas Pilihan Raya Umum Ke-14),” katanya lagi.

Sebelum ini, Muhyiddin mendedahkan Zahid ada ke rumahnya dengan membawa satu beg berisi dokumen kes mahkamah dan berbincang mengenai kes mahkamah yang dihadapi.

Bagaimanapun, Zahid menafikan perkara itu, malah, sanggup dan bersedia melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan Muhyiddin itu.

Zahid mendakwa tidak pernah pergi berjumpa dengan Muhyiddin sepanjang tempohnya menjadi PM atau membawa timbunan fail untuk meminta dilepaskan daripada tuduhan mahkamah.

Berita berkaitan
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
11 jam lalu· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
11 jam lalu· Politik
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
March 20, 2023· Politik
Popular
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
DAPsy usah berkokok di luar gelanggang bela Guan Eng
57 minit lalu · Politik
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
15 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
16 jam lalu · Politik
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
24 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
March 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok