Dr Mahathir pertikai jemputan banduan ke Istana, seolah-olah ada sokongan

June 16, 2022 · Politik

Jemputan kepada seorang yang berstatus banduan kerana sudah disabitkan kesalahan seharusnya tidak berlaku, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir mempertikai jemputan yang dibuat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan pelbagai pertuduhan rasuah di mahkamah dan sudah disabitkan bersalah dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC) sebelum ini.

“Pandangan saya banduan tidak seharusnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek.

“Ia seolah-olah menunjukkan ada sokongan tertentu daripada istana,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Najib sebelum ini diundang ke istana oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Mei lalu.

Malah, Najib juga berkongsi gambar kehadirannya di istana sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati dan rungutan di kalangan mereka yang tidak bersetuju.

Untuk rekod, Najib sebelum disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC, yang disifatkan sebagai memalukan negara dan terlibat dalam satu lagi perbicaraan berkaitan skandal kewangan terbesar di dunia membabitkan firma pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada masa yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual menyampaikan keputusannya terhadap kes rasuah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak pada 7 Julai.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Najib bahawa Pengerusi Pejuang itu sudah dilihat sebagai tidak relevan lagi, Dr Mahathir berkata dia tidak ambil kisah dengan kenyataan berkenaan.

“Itu pendapat dia, orang lain mungkin ada idea lain.

“Dia ada hak untuk menganggap semua orang sebagai tidak relevan,” katanya sinis.

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Lagi Politik terkini
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok