Dr Mahathir nak jumpa Anwar sebab nak jatuhkan BN saja, kata Shahidan

October 22, 2022 · Politik

Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan langkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara tiba-tiba mahu berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya kerana satu matlamat untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Penyandang kerusi Parlimen Arau itu berkata Pengerusi Pejuang itu sudah hilang arah dan tidak ada hala tuju sehingga terpaksa kembali untuk bekerjasama dengan Presiden PKR hanya semata-mata sudah tidak tahu cara lain untuk menjatuhkan UMNO-BN.

“Mereka bekerjasama menjatuhkan kerajaan yang akhirnya apa yang kita dapat dalam masa 22 bulan hanyalah satu ‘kecederaan’ politik dan ‘kecederaan’ pada ekonomi negara.

“Mereka (Dr Mahathir dan pembangkang) buat satu pakatan pada 2018, apa yang mereka dapat adalah kegagalan dalam pentadbiran negara dan sebab itu mereka jatuh selepas 22 bulan mentadbir,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Bagaimanapun, Shahidan berkata rakyat sudah bijak kerana melihat pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang kelam-kabut tidak ada hala tuju mereka sehingga tumbang kemudiaannya.

“Apakah rakyat Malaysia lupa atau rakyat Malaysia mahu mengembalikan sejarah di mana mereka bersatu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan selepas itu mereka pula buat kelam kabut,” katanya lagi.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang berkata beliau sedia berbincang dengan Anwar yang juga Pengerusi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, kedua-dua mereka mempunyai matlamat sama dan beliau sedia membuka langkah pertama ke arah kerjasama itu untuk bertemu Anwar.

Malah, beliau juga menegaskan tidak kisah jika ada yang melabelnya tidak malu kerana sedia bertemu Anwar.

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
39 minit lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
PH pun ada ‘virus’, syok bercakap saja, kata ahli MT UMNO
January 19, 2023
Lagi Politik terkini
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok