Dr Mahathir nak jumpa, Anwar jawab sudah berpuluh perjumpaan sebelum ini

October 23, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad buat masa ini.

Presiden PKR itu menjawab permintaan Dr Mahathir yang mahu berjumpa untuk membincangkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tetapi nampaknya semua parti enggan melayani bekas Perdana Menteri itu.

“Kerjasama apa? Bila saya kata (terbuka untuk bekerjasama dengan GTA- Gagasan Tanahair)? Saya kata untuk berbincang dengan sesiapa pun boleh ‘bincang’. Kalau diperlukan (berbincang) hari ini saya ada di Pulau Pinang, lusa di Sarawak,” katanya dipetik laporan Bernama.

Jelasnya lagi, buat masa ini tumpuan diberikan untuk berjumpa dengan rakyat, malah sebelum ini sudah ada berpuluh perjumpaan dengan Dr Mahathir.

“Bagi saya lebih baik menemui rakyat dalam keadaan sekarang ini. Usul adakan pertemuan itu, seolah-olah belum ada pertemuan, (sedangkan) berpuluh kali sudah ada pertemuan sebelum ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata beliau sedia berbincang dengan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan pada PRU-15.

Katanya, kedua-dua mereka mempunyai matlamat sama dan beliau sedia membuka langkah pertama ke arah kerjasama itu untuk bertemu Anwar.

Malah, beliau juga menegaskan tidak kisah jika ada yang melabelnya tidak malu kerana sedia bertemu Anwar.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok