Dr Mahathir ajak orang Melayu bangkit lawan kerajaan Anwar

March 27, 2023 · Politik

Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak orang Melayu bangkit menentang kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan kerajaan Anwar telah mengkhianati janji dalam Perlembagaan Negara, beliau berkata perlu ada kumpulan lain yang memberi perlindungan kepada hak orang Melayu dan Bumiputera.

Menurutnya usaha untuk menyedar orang Melayu berhubung masalah yang mereka mereka hadapi dengan pelancaran proklamasi Melayu telah dihalang oleh kerajaan Anwar.

“Saya menyertai usaha untuk menyedar orang Melayu akan masalah mereka dengan pelancaran proklamasi Melayu. Isi kandungan proklamasi ini menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan juga perlembagaan UMNO.

“Perhalangan pelancaran ini bermakna kerajaan Anwar menolak Perlembagaan Negara dan perlembagaan UMNO. UMNO tidak bantah. UMNO tidak lagi pegang kepada matlamat penubuhannya.

“Apabila Kerajaan menghalang pihak lain melancar proklamasi ini, ia mengkhianat janji dalam Perlembagaan Negara.

“Sebab itu orang Melayu patut tentang kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan hari ini (27 Mac 2023).

Pada masa sama, Dr Mahathir turut mencabar Anwar mengemukakan bukti bahawa beliau membolot harta untuk dirinya, keluarga dan anak-anak, sepanjang menjadi Perdana Menteri dua kali Malaysia.

Memetik kenyataan Anwar baru-baru ini, bekas Perdana Menteri itu berkata tuduhan tanpa bukti jelas merupakan satu fitnah.

Menurutnya dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput beliau baru-baru ini, Anwar telah berkata, “ada orang dulu, 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham”.

Dr Mahathir berkata Anwar juga menambah, “Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu. Untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat.”

Sehubungan itu, beliau meminta Anwar mengemukakan bukti beliau berbuat demikian sekiranya benar,

“Saya ingin dapat bukti dari Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya. Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah,” katanya.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
6 jam lalu· Rencana
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu· Isu semasa
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
8 jam lalu· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
12 jam lalu· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
14 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
16 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
16 jam lalu · Politik
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok