Disaman memandu laju pun tak pernah, apa lagi rasuah

March 12, 2023 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pernah melanggar undang-undang negara dalam sejarah hidupnya, hatta disaman kerana memandu laju, apa lagi untuk menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Ini semua katanya, disebabkan prinsip yang dipegangnya selama ini iaitu untuk menentang segala kemungkaran dan salah guna kuasa, termasuk rasuah.

“Secara peribadi saya tak pernah menghadapi masalah pelanggaran undang-undang dalam sejarah hidup saya. Hatta saman kerana lari laju pun tak pernah saya terima kerana saya berpegang pada prinsip untuk menentang segala salah guna kuasa… menentang segala bentuk rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Perdana: Solidariti Menentang Kezaliman, anjuran PN di Dewan Dato’ Ustaz Fadzil Noor, Taman Melewar, Gombak dekat ibu negara malam tadi (11 Mac 2023).

Namun, bekas Perdana Menteri itu bersyukur kerana pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang dikenakan terhadap beliau pada Jumaat lalu dan Isnin depan tidak melibatkan dirinya secara peribadi menerima apa-apa suapan.

“Perkara yang berlaku pada saat dan ketika ini tidak lain ialah apa yang telah pun kita nyatakan sebagai selective political prosecution iaitu tindakan yang dikhuatiri dianggap sebagai tindakan terpilih yang ditujukan kepada saya sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan juga Presiden Bersatu.

“Sedangkan kita tahu sebelum daripada ini tak ada laporan-laporan terhadap pemimpin dan parti-parti yang lain dan sebahagian pihak daripada kes-kes yang sudah pun kita dengar sebelum ini melibatkan pemimpin-pemimpin parti yang ada dalam kerajaan.

“Persoalan yang berbangkit ialah kenapa tindakan rakus diambil terhadap saya dan juga PN menerusi Bersatu ini. Ia tidak lain dan tidak bukan kerana melihat pada situasi politik yang kita hadapi pada hari ini selepas kita melalui satu tempoh cabaran iaitu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Dalam pilihan raya itu dengan jelas, terang dan nyata menunjukkan satu kebangkitan yang begitu luar biasa hebat… gelombang yang besar. Di mana sebahagian besar rakyat, terutama orang Melayu, telah memberikan sokongan kepada PN,” katanya sambil menambah gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan itu hampir menyapu bersih kawasan Parlimen di negeri-negeri Utara Semenanjung.

UMNO, kata Muhyiddin mencipta sejarah yang tidak pernah berlaku apabila kalah teruk di negeri-negeri Patai Timur dan Utara, disebabkan hampir 70 peratus orang Melayu sudah bangkit dan sedar serta memberi kepercayaan kepada PN untuk mentadbir negara.

“Alhamdulillah. Dan pastinya ini sudah dinilai oleh Anwar Ibrahim oleh Zahid Hamidi serta mereka yang ada dalam kerajaan hari ini. Situasi itu dianggap sebagai suatu ancaman besar kepada keberadaan dan penerusan mereka untuk mentadbirkan negara.

“Mereka juga sedar bahawa akan ada enam lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan kita hadapi dalam tempoh empat lima bulan ke hadapan ini. Mereka pasti takut bahawa kesemua enam buah negeri ini akan tumbang… ataupun yang telah menang terus kekal di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Dan tiga buah iaitu di Selangor, Negeri Sembilan dan juga di Pulau Pinang juga akan dimenangi oleh PN,” katanya sambil menerima laungan ‘Allahu Akbar’ daripada ratusan penyokong yang hadir.

Berita berkaitan
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023· Politik
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
17 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
19 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok