Dipetik dalam kes rasuah Zahid, Shafie Apdal enggan komen

June 19, 2022 · Politik

Datuk Seri Shafie Apdal yang namanya dipetik dalam perbicaraan kes rasuah melibatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya enggan memberi sebarang penjelasan berhubung pendedahan di mahkamah baru-baru ini.

Berbeza dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencabar semula untuk sedia disiasat, Presiden Parti Warisan tersebut sebaliknya enggan memberi komen dan penjelasan berhubung dakwaan menerima wang yang dibuat semasa perbicaraan Zahid baru-baru ini.

“Saya tidak mahu komen perkara itu, tunggu hari lain,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Shafie ditemui media semasa melancarkan Parti Warisan Negeri Sembilan dan merasmikan Pejabat Perhubungan Parti Warisan Negeri Sembilan hari ini.

Untuk rekod, pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), David Tan Siong Sun semasa perbicaraan kes rasuah Zahid memberitahu terdapat beberapa pemimpin UMNO yang menerima wang daripada syarikat tersebut.

Lima nama ahli politik disebut ketika perbicaraan kes rasuah Zahid adalah bekas Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Shafie dan Datuk Seri Anifah Aman.

Shafie dan Anifah sebelum ini merupakan bekas pemimpin UMNO sebelum bertindak keluar parti dan menubuhkan parti masing-masing sendiri.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
10 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok