Dipetik dalam kes rasuah Zahid, anak saudara Dr M buat penafian

July 27, 2022 · Politik

Selepas nama dipetik semasa perbicaraan kes rasuah melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahdi Hamidi baru-baru ini, akhirnya anak saudara Tun Dr Mahathir Mohamad pula tampil membuat penafian secara terbuka.

Anak saudara bekas Perdana Menteri, Tan Sri Rahmat Abu Bakar menafikan dakwaan yang dibuat saksi Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kononnya menerima sumbangan politik RM2.6 juta bagi pihak Dr Mahathir sebelum ini.

Rahmat menjelaskan ditawarkan untuk mengambil alih 50% saham syarikat itu pada 13 Julai 2018 dan dijanji RM1.3 juta sebulan sebagai pengerusi dan penasihat syarikat tersebut tetapi sudah memulangkan semula wang tunai yang diberikan kepadanya.

“Saya dijanji imbuhan sebanyak RM1.3 juta sebulan sebagai pengerusi dan penasihat. Inilah bayaran yang saya terima dalam bentuk wang tunai. Kemudian saya telah kembalikan wang tunai ini kepada UKSB kerana khuatir dengan asasnya.

“Bagaimanapun, pada 14 Nov 2018, saya meletak jawatan sebagai pengerusi dan penasihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusan meletak jawatan dibuat selepas menerima nasihat Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed ketika itu.

“Saya akur kepada nasihat tersebut berdasarkan maklumat bahawa UKSB merupakan syarikat bermasalah. Terkait dengan UKSB akan mendatangkan lebih mudarat,” jelasnya lagi.

Susulan itu, katanya, beliau turut membatalkan niat mengambil alih apa jua kepentingan dalam syarikat berkenaan yang kini terkait dengan perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO, Zahid.

Katanya, semua tindakan diambilnya tercatat dalam surat-menyurat antara dirinya dengan pihak berkaitan, sekali gus berbeza dengan kenyataan Tan yang hanya bersandarkan buku lejar.

“Ini berbeza dengan kenyataan yang dibuat David Tan yang bersandar kepada buku lejar yang merupakan rekod pengurusan UKSB dan tidak ada bukti surat atau pun dokumen,” katanya.

Beliau memberi amaran kepada Tan untuk menarik balik tuduhan berhubung RM2.6 juta itu atau berdepan tindakan susulan.

“Oleh itu, sekali lagi saya tegaskan kenyataan berhubung sumbangan politik berjumlah RM2.6 juta adalah palsu, fitnah dan berniat jahat.

“Dr Mahathir tidak terlibat dan tidak tahu tentang kaitan saya dengan UKSB,” ujarnya lagi.

Kelmarin, Dr Mahathir dinamakan antara individu yang menerima derma politik RM2.6 juta dari UKSB untuk partinya ketika itu, Bersatu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan kes rasuah Zahid, wang itu diserahkan melalui Rahmat yang juga anak saudara Dr Mahathir.

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
8 jam lalu· Isu semasa
Zahid gesa tangani skandal LCS dengan bijaksana, bimbang mahkamah netizen
11 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan belum putuskan ubah peraturan sekat eksport ayam
14 jam lalu· Isu semasa
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
14 jam lalu· Politik
Popular
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
Nama pemimpin UMNO dikaitkan skandal LCS, Ketua Pemuda desak dakwa segera
August 5, 2022
Lagi Politik terkini
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
15 jam lalu · Politik
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
18 jam lalu · Politik
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022 · Politik
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022 · Politik
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
August 7, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
23 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok