Dipersoal tak layak jadi calon PM, lain pula dijawab Anwar

October 26, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan berhubung kelayakan untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri, malah memberi jawapan lain pula semasa ceramahnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mempersoalkan kewajaran Pakatan Harapan (PH) meneruskan pencalonan Presiden PKR itu sebagai PM pada ketika sedang berdepan saman bekas pembantunya, Yusof Rawther di mahkamah ketika ini.

“Oh Latiff…kerusi dia (Mersing) pun belum tentu (menang)…kerusinya pun belum tentu..,” katanya yang tidak memberi jawapan lebih jelas berhubung isu yang dibangkitkan Latiff.

Latiff yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sebaliknya mencadangkan agar PH mencari alternatif untuk meletak calon lain sebagai PM dan bukannya individu yang terpalit dengan kes mahkamah.

Malahan, kes mahkamah antara Anwar dengan Yusof itu juga masih belum selesai.

Untuk rekod, Yusoff membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi terhadap Anwar pada 14 Julai 2021 berhubung dakwaan serangan seksual yang dikatakan berlaku terhadapnya pada Oktober 2018 di kediaman pemimpin PKR itu.

Anwar, bagaimanapun menafikan dakwaan Yusoff itu dan telah memfailkan saman balas.

Mengulas lanjut, Latiff berkata, apatah lagi pada 19 Oktober lalu, Yusof menang suatu kes saman berkaitan isu ini terhadap setiausaha akhbar Anwar, apabila mahkamah memerintahkan ganti rugi RM200,000 dan kos dibayar kepada Yusoff.

“Di mana-mana negara di dunia, adalah satu kebiasaan bahawa apabila seorang pemimpin menghadapi tuduhan salah laku seksual di mahkamah, maka beliau perlu menarik diri dari sebarang pilihan raya atau jawatan kerajaan sehingga selesai kes mahkamah terbabit.

“Ini adalah untuk memastikan hanya pemimpin yang bersih dan bermoral tinggi memegang jawatan kerajaan yang penting bagi memelihara keyakinan umum dan reputasi negara,” katanya.

Berita berkaitan
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok