Dipecat Amanah, UMNO Kedah buka pintu untuk Phahrolrazi

November 1, 2022 · Politik

Hanya selepas dua hari ditendang keluar daripada Amanah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi kini ditawarkan ruang untuk bersama UMNO Kedah.

Perkara itu disuarakan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz seperti yang dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

“Saya rasa itu (memboikot pilihan raya) wajar namun apabila Majlis Tertinggi Amanah membuat keputusan untuk memecat beliau, pada kita itu urusan dan hak parti masing-masing.

“Tapi bagi saya mewakili UMNO Kedah, sekiranya Datuk Phahrolrazi hendak bersama dengan kita, saya mengalu-alukan seperti menadah nyiru ditawarkan stadium kita kemukakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama ahli Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Pering dekat Jerlun pada Selasa.

Ahad (30 Oktober 2022) lalu, Phahrolrazi yang ketika itu menjawat sebagai Pengerusi Amanah Kedah dipecat serta merta selepas didapati melanggar perlembagaan parti dipercayai berkait tindakan memboikot Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya kerusi Parlimen Jerai tidak diberi kepada Amanah.

Namun Phahrolrazi yang juga ADUN Alor Mengkudu menyifatkan tindakan pemecatan itu tidak adil susulan keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Perhubungan Amanah Kedah bukan keputusannya sendiri.

Malah beliau turut mendakwa pemecatannya dibuat tanpa sebarang notis atau memanggil dirinya untuk menghadap kepimpinan bagi memberi penjelasan.

Dalam pada itu, Othman berkata Phahrolrazi merupakan orang lama yang faham selok belok politik di Kedah.

“Saya yakin dengan Datuk Phahrolrazi, ini kerana lama dan faham tentang sepak terajang politik di Kedah. Kalau dia nak bersama kita sudah tentu kita mengalu-alukan beliau,” katanya.

Sabtu lalu, Pakatan Harapan meletakkan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff sebagai calon di kerusi Parlimen Jerai sekali gus satu-satunya kerusi Parlimen ditandingi DAP di Kedah pada PRU-15 ini.

 

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu· Politik
Saarani yakin lama kelamaan ahli UMNO Perak akan sokong PH-DAP
17 jam lalu· Politik
Selepas bawa UMNO bersama DAP, kini Zahid ajak ahli rapatkan barisan pula
19 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu · Politik
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
8 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok