Din Ketapi umum keluar parti lagi, tapi masih mesra kerajaan

June 28, 2022 · Politik

Datuk Mohamaddin Ketapi sekali lagi mengumumkan keluar parti selepas langkah sama dilakukan semasa meninggalkan Parti Warisan sebelum ini.

Ahli Parlimen Lahad Datu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama itu mengumumkan keputusan keluar daripada Bersatu hari ini selepas menyertainya pada November tahun lalu.

Mohamaddin memberi alasan keluar parti kali ini disebabkan tidak diberikan peranan dalam parti berkenaan.

Katanya, ia termasuk di kawasan Parlimen Lahad Datu yang diwakilinya berikutan semua hal parti itu hanya dikendalikan pemimpin sedia ada Bersatu.

“Keputusan keluar daripada Bersatu ini kerana saya tidak diberi peranan yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti itu sebelum ini.

“Saya dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, namun setelah lebih enam bulan tiada sebarang peranan yang diberikan,” katanya dipetik laporan media.

Mohamaddin yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya keluar daripada Parti Warisan pada Oktober tahun lalu sebelum menyertai Bersatu sebulan kemudian.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
4 jam lalu· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok