Dimaklumkan berhubung pertalian Zahid dengan Raja Ponorogo: Persatuan Genealogi

February 22, 2022 · Politik

Presiden Persatuan Genealogi Malaysia, Megat Iskandar Megat Zaharuddin tampil mempertahankan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas dipersenda musuh politiknya semasa pentas ceramah parti politik baru-baru ini di Johor.

Megat Iskandar berkata sejarah keluarga Zahid bukan calang-calang dan mendakwa memiliki pengaruh besar, malah mengatakan beliau dimaklumkan terdapat kaitan dengan Raja Ponorogo.

“Kami setakat ini, belum buat kajian terperinci mengenai keturunan beliau, namun, ada dimaklumkan berhubung pertalian beliau dengan Raja Ponorogo,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Megat Iskandar menjelaskan ke­turunan Raden di negara ini ba­nyak merujuk penghijrahan kumpulan raja Jawa ke Semenanjung ketika akhir abad ke-16.

“Bukti pertalian ini boleh dilihat pada nama-nama Sultan Perak peringkat awal ada perkataan Raden, waima kitab sejarah Perak kuno dinamakan istilah Jawa iaitu Misa Melayu,” jelasnya lagi.

Beliau memberi contoh antaranya, Raja Muda Raden ketika zaman Sultan Ahmaddin Shah dan Raja Bendahara Raden iaitu Raja Bendahara Perak ketika era penjajahan Siam di negeri itu.

Namun, semasa kejatuhan Pengiran Diponegoro era kolonial Belanda kurun ke-19 lalu, berlaku lagi penghijrahan komuniti Jawa yang diketuai anak-anak raja ke seantero alam Nusantara.

Ujarnya, perpindahan 17 putera dan lima puteri waris Bendara Raden Mas Mustahar itu turut meliputi ke Selangor, Johor dan Perak sekali gus membangkitkan semangat antipenjajah.

Untuk rekod, semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, tular berhubung dakwaan Zahid berasal dari Indonesia dan beliau tampil membuat penafian berhubung perkara tersebut.

“Ibu bapa saya berasal daripada Rungkup. Saya dilahrikan di Rungkup. Bagaimana tuduh saya datang dari Indonesia?

“Memang benar saya boleh berbahasa Jawa. Begitu juga dengan orang di sini. Tak menjadikan saya seorang berbangsa Cina jika saya boleh berbahasa Cina,” katanya semasa membuat penafian berhubung dakwaan tersebut.

Berita berkaitan
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
8 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
20 jam lalu· Politik
Penjelasan kes Zahid lebih kepada retorik politik cikgu dan anak murid
September 20, 2023· Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023· Politik
Popular
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023
Lagi Politik terkini
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
8 jam lalu · Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
8 jam lalu · Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
21 jam lalu · Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023 · Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok