Dikait cubaan guling kerajaan GRS, Bung Moktar bakal dipecat?

January 6, 2023 · Politik

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kemungkinan besar akan dipecat daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM), setelah beliau dikaitkan dengan kegagalan cubaan merampas kuasa daripada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Langkah berkenaan, yang dijangka memburukkan lagi hubungan GRS dan sekutunya Barisan Nasional (BN) Sabah, dijangka dilakukan menerusi satu rombakan Kabinet negeri akan dilakukan Ketua Menteri (LM) Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji Noor menerusi satu kenyataan ringkas petang ini (6 Januari 2023) mengesahkan rombakan Kabinet negeri akan dilakukan dan maklumat terperinci berhubung perkara itu akan dimaklumkan kemudian.

“Maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” kata Hajiji.

Sementara itu, laporan FMT memetik sumber sebagai berkata Bung Moktar, dikaitkan dengan usaha untuk menggulingkan pentadbiran GRS, tetapi gagal.

Rampasan kuasa itu didakwa tidak berjaya kerana dalangnya gagal mengumpul sejumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Difahamkan 11 ADUN parti itu, termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Yakub Khan enggan bekerjasama dengan Parti Warisan, pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal, dalam cubaan rampasan kuasa itu.

Wakil Pakatan Harapan (PH) juga dikatakan telah mengetepikan cubaan rampasan kuasa dan berjanji menyokong GRS dan Hajiji.

Laporan itu bagaimanapun menyatakan bahawa bukannya “menghukum” menteri Kabinet daripada BN, tetapi hanya melibatkan Bung Moktar dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Jafry Ariffin.

Bagi sokongan yang diberikan oleh tujuh ADUN PH Sabah, mereka berkemungkinan akan diberi ganjaran jawatan dalam Kabinet negeri.

“Ini telah dibincangkan malam tadi. Ia bukan ‘penceraian’ dengan BN Sabah. Hajiji hanya mahu memastikan kerajaan akan terus berfungsi,” FMT memetik sumber itu sebagai berkata.

Sumber itu juga mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya tiga ADUN Warisan telah bertemu dengan Hajiji.

Sehingga berita ini disiarkan, masih belum ada sebarang kemas kini daripada Warisan, berhubung perkara itu.

Warisan telah memanggil sidang media petang semalam. Bagaimanapun, ia kemudiannya dibatalkan, tanpa sebarang alasan diberikan.

Sumber mendakwa sidang media itu sepatutnya dihadiri Bung Moktar selepas beliau mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin UMNO.

Buat masa ini, Warisan mempunyai 19 kerusi, manakala UMNO mempunyai 17 kerusi, menjadikannya 36 kerusi daripada 79 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

GRS kini mempunyai 29 kerusi, 15 daripadanya adalah bekas Bersatu; tujuh daripada Parti Bersatu Sabah (PBS); enam daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan satu daripada Parti Maju Sabah (SAPP).

GRS juga disokong oleh seorang ADUN bebas dan seorang ADUN Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Berita berkaitan
Hujan lebat tahap bahaya dijangka landa Pahang, Johor dan Sabah hingga Isnin
12 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir di empat negeri kini 12,000 ditempatkan di PPS
January 27, 2023· Isu semasa
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023· Isu semasa
Dua ADUN PH dilantik dalam Kabinet Sabah, tiada wakil UMNO kem Bung Moktar
January 26, 2023· Politik
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
4 jam lalu · Politik
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
6 jam lalu · Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
12 jam lalu · Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
14 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok