Di sebalik kenyataan Zahid isu kejujuran, kuasa dan komplot

October 30, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang masih berdepan puluhan tuduhan di mahkamah, termasuk membabitkan kes rasuah, yang dilakukan ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah sebelum 2018, mempersoalkan kejujuran parti lawan menyertai pilihan raya dengan alasan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dalam kenyataan hari ini (30 Oktober 2022) Zahid berkata, justeru, jujurkah gabungan-gabungan politik ini memasuki arena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk berkhidmat kepada rakyat atau semata-mata ketagih kuasa dan bimbangkan kemenangan BN.

Untuk rekod UMNO dan BN tidak mempunyai kuasa penuh ketika pentadbiran Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan kerana Perikatan Nasional (PN) yang turut berada di dalam kerajaan, melakukan pengawasan rapi, supaya tiada lagi “Kluster Mahkamah” dan kumpulan kleptokrat mengambil kesempatan.

Malah, disebabkan ketagih kuasa juga UMNO pimpinan Zahid melakukan desakan demi desakan supaya Parlimen dibubarkan bagi memboleh PRU-15 diadakan dengan tujuan supaya mereka mendapat kuasa penuh.

Mengulas lanjut Zahid berkata parti lawan juga sedang mencari-cari jalan untuk bergabung semula menentang UMNO dan BN.

“Sebab itu mereka masih tercari-cari ruang sesama mereka untuk ‘berkomplot’ semula walaupun pernah saling mentohmah dan memburuk-burukkan selepas berpecah-belah,” katanya yang sebelum ini bersedia berkomplot dengan DAP bagi menjatuhkan Kerajaan Perak pimpinan Bersatu.

Selepas menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 6 Disember 2020 lalu Zahid pada sidang media memberitahu bahawa UMNO sedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP, untuk membentuk kerajaan baharu di Perak.

Baru-baru ini pula Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata beliau telah diberitahu oleh rakan dalam PH bahawa perbincangan teramat sulit antara team Zahid dan team Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH, berjalan lancar.

Wan Saiful mendakwa agenda perbincangan itu berkisar kepada meminimumkan pertembungan UMNO dan PKR pada PRU-15 dan pembentukan kerajaan gabungan selepas pilihan raya.

Mengulas lanjut, Zahid dalam kenyataan di Facebooknya hari ini mengajak rakyat memahami bahawa BN satu-satunya harapan untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran yang akan memanfaatkan setiap anggota masyarakat tanpa mengira ideologi politik.

“Memberi kemenangan kepada BN akan menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia bahawa rakyat Malaysia termasuk penyokong parti lain lebih mengutamakan negara berbanding politik.

“Rakyat tanpa mengira fahaman politik harus bersama BN dalam PRU-15 demi mengembalikan kestabilan dan kemakmuran di Malaysia,” kata Zahid lagi.

Bagaimanapun, untuk rekod sejak 2018 lagi UMNO dan BN dikatakan menjadi dalang dan pemain utama ketidakstabilan politik tanah air, setelah tidak puas hati ‘ditendang’ keluar dari Putrajaya, dengan membakar isu perkauman dan bangsa.

Malah, apabila PN memerintah di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, UMNO dan BN tidak berpuas hati hingga bertindak khianat menarik sokongan, dengan sokongan PH, menyebabkan kerajaan PN tumbang.

Walaupun, kerajaan kemudian dipimpin Ismail Sabri, UMNO dan BN masih tidak berpuas hati kerana terpaksa berkongsi kuasa dengan PN, dan akhirnya mereka mendesak supaya Parlimen ke-14 dibubarkan.

Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tetapi hanya Naib Presiden UMNO mengikut desakan itu kemudian membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu, sedangkan rakyat ketika ini sedang menghadapi kesusahan dari segi ekonomi, termasuk kos sara hidup, selain bakal berdepan musim tengkujuh.

Menurut Zahid lagi, zaman telah berubah dan seluruh rakyat Malaysia sudah tahu serta faham cara lama yang digunakan parti selain UMNO dan BN ketika kempen mereka.

“Saksikan gabungan politik selain BN sehingga hari ini masih bercelaru dan tiada hala tuju yang jelas untuk rakyat dan negara dalam memasuki gelanggang PRU,” kata Zahid yang berada di tangga keempat dari segi populariti selepas Muhyiddin (pertama), Anwar (kedua), dan Ismail Sabri (ketiga), sebagai dilaporkan dalam kaji selidik Merdeka Center for Opinion Research.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali ketika mengulas perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri terhadap kes rasuah, berkata:

“Hakikat bahawa mahkamah telah mengarahkannya untuk membela diri menunjukkan bahawa pihak pendakwa raya telah membuktikan ada kes terhadapnya.”

Untuk rekod, pada 24 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zahid membela diri atas 47 pertuduhan CBT, rasuah dan pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Keputusan kes beliau dijangka diketahui awal Disember ini, iaitu selepas PRU-15 pada 19 November.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
17 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok