Di Johor, akar umbi PN cuba lupakan luka di Melaka mahu bangkit semula

February 19, 2022 · Politik

Kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mahu dilupakan akar umbi Perikatan Nasional (PN) dan mahu mengubati luka dengan mencapai satu keputusan yang lebih baik di Johor.

Sokongan dan semangat ditunjukkan penyokong PN di Johor berbeza semasa PRN Melaka, kali ini ceramah dan program melibatkan jentera parti digerakkan lebih awal dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) digunakan sebaiknya.

Penyokong PN berbaju biru yang terdiri daripada majoritinya orang Melayu dan terdapat sekumpulan kecil penyokong berbangsa Cina berkumpul di padang awam, Taman Pasak Indah di Kota Tinggi semasa majlis pelancaran PN Johor malam tadi tekun mendengar amanat pemimpin utama gabungan tersebut.

Penyokong PAS dan Bersatu yang pengundi terasnya berbangsa Melayu dan Islam adalah majoriti yang memenuhi padang tersebut, kebanyakkannya datang dari pelosok negeri tersebut.

Lokasi pelancaran PN Johor kali ini dipilih di kawasan yang majoritinya penduduk sekitar terdiri daripada peneroka Felda yang dikelilingi dengan pokok sawit, langkah pemilihan lokasi tersebut dipercayai bagi menarik sokongan majoriti pengundi di lokaliti tersebut yang selama ini menjadi deposit tetap kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Strategi sama mungkin digunakan seperti di Melaka untuk mencuri sebanyak mungkin undi daripada UMNO dan BN pada PRN Johor kali ini.

Di Parlimen Kota Tinggi, terdapat dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sedili dan Johor Lama, ia dimenangi oleh dua wakil UMNO semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14 )tetapi kedua-dua mereka keluar parti dan menyertai Bersatu kemudiaannya.

Langkah memilih Kota Tinggi mungkin dilihat strategi PN untuk merampas dua kerusi yang dimenangi oleh dua wakil UMNO sebelum ini.

Selain itu, PN mungkin mahu menggunakan kelebihan yang dimiliki mereka kerana mengenangkan jasa yang dibuat semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghapuskan hutang para peneroka sebelum ini.

Muhyiddin semasa memberikan amanat kepada jentera partinya memberikan semangat kepada mereka supaya tidak takut dalam mendepani cabaran PRN Johor kali ini walaupun ia dianggap sebagai kubu kuat UMNO dan BN.

Malah, kubu kuat UMNO dan BN yang suatu ketika dahulu dibanggakan sudah berjaya dipecahkan dan ia tidak boleh lagi dianggap sebagai negeri selamat mereka, jelas Muhyiddin.

“Masa untuk BN sudah berlalu, masa UMNO sudah pun berlalu… Oh, Johor kubu kuat BN dan UMNO, saya juga pernah bercakap begitu waktu saya disana (UMNO).

“Tapi dalam PRU-14, benteng Johor yang kukuh, BN yang kuat itu sudah pun pecah dan kalah.

“BN kalah dan UMNO kalah dalam PRU-14 lalu, bukan begitu,” katanya yang disambut tepukan orang ramai.

Semasa PRU-14 lalu, Muhyiddin antara arkitek bersama-sama pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) yang berkempen siang dan malam bagi menumbangkan UMNO dan BN di Johor yang menyaksikan buat kali pertama negeri itu tumbang kepada gabungan pembangkang tersebut.

Namun, berbeza dengan senario ketika ini, Bersatu dan PAS kini menjadi rakan satu parti dibawah PN dan ia bakal menguji sejauh mana gandingan kedua-dua parti tersebut mampu menarik sokongan orang Melayu dan mendapat kemenangan pada PRN Johor kali ini.

Ujian sulung di Melaka gandingan PAS dan Bersatu memasuki pilihan raya bersama buat kali pertama tidak mendapat keputusan yang agak memuaskan, malah UMNO dan BN berjaya memenangi dua pertiga disebabkan pertembungan banyak penjuru yang menghasilkan banyak undi terpecah khususnya orang Melayu.

Namun, senario di Melaka dan juga Johor berbeza apabila terdapat pertambahan pengundi baharu yang terdiri daripada kalangan anak muda yang didaftarkan secara automatik hasil pelaksanaan Undi 18 baru-baru ini.

Seorang anak muda yang ditemui semasa majlis pelancaran PN semasa ditemui Agenda Daily, Muhamad Faiz Hassan, 22 tahun, apabila ditanya kehadirannya pada program tersebut memberitahu beliau menyokong Muhyiddin kerana mantan Perdana Menteri itu berasal dari Johor tetapi disingkirkan oleh UMNO.

“Saya sokong Muhyiddin kerana dia anak Bangsa Johor, PM dari Johor… tetapi disebabkan UMNO beliau disingkir dan tidak lagi menjadi PM,” katanya yang turut memakai baju biru PN semasa program tersebut.

Kebanyakkan orang ramai yang hadir semasa pelancaran itu terdiri daripada pelbagai peringkat usia, tidak kira tua dan muda.

Penyokong PN yang muda dilihat bersemangat berbanding penyokong yang sedikit berusia pertengahan dan lanjut usia, bersorak dan mengibar bendera PN sepanjang program tersebut berlangsung.

Siti Faizah Ismail, 30 tahun, semasa ditemui berkata Muhyiddin semasa menjadi PM banyak memberi bantuan kepada rakyat khususnya ketika negara sedang berdepan penularan pandemik Covid-19, malah jasanya kepada peneroka Felda juga dikenang sebagai legasi pentadbirannya.

“Semasa Muhyiddin menjadi PM, banyak bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung diterima rakyat… orang susah di kampung ditolong dan yang paling dihargai apabila keluarga peneroka dihapuskan hutang mereka,” katanya.

Pada PRU-14, Bersatu memenangi lapan kerusi DUN iaitu Gambir, Puteri Wangsa, Tenang, Kempas, Bukit Kepong, Bukit Permai, Larkin dan Permas, manakala tiga kerusi tambahan diperolehi selepas wakil rakyat UMNO di Sedili, Johor Lama dan Endau bertindak keluar parti untuk menyertai Bersatu.

Sementara PAS pula memenangi satu kerusi DUN.

Berita berkaitan
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
4 jam lalu· Politik
Belum buat keputusan pilih kerusi bertanding, baik Anwar pilih Bagan Datuk
September 25, 2022· Politik
Mat Maslan dakwa kenyataan palsu Zahid dicalon jadi PM selepas keputusan mahkamah
September 25, 2022· Politik
Kenapa ramai sangat ikut PM ke New York dan berapa kosnya? soal Salahuddin
September 25, 2022· Politik
Popular
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
September 26, 2022
PRU-15: Lagi pemimpin UMNO mahu bantu Khairy, tawar kerusi Parlimen
September 25, 2022
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
8 jam lalu · Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
17 jam lalu · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
20 jam lalu · Politik
Pihak dakwa Melayu gagal perintah negara buta sejarah: Hadi Awang
22 jam lalu · Politik
Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
32 minit lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok