Dewan Ulama puji ketegasan Muhyiddin tolak puak kleptokrat

August 17, 2021 · Politik

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menghormati dan menyambut baik ketegasan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak sesekali berkompromi dengan kelompok kleptokrat yang mahukan penyalahgunaan kuasa dilakukan semula.

Ketua DUPP Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata walaupun tempoh kepimpinan yang singkat, Muhyiddin telah melakukan yang terbaik untuk manfaat negara dan rakyat khususnya dalam menangani pandemic Covid-19.

“DUPP juga melahirkan kekesalan dengan kerakusan sesetengah pimpinan politik untuk mendapatkan kuasa tanpa mengira keresahan dan kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat, sehingga membawa kepada suasana politik yang tidak stabil dan harmoni serta mendorong kepada perletakan jawatan Perdana Menteri bersama Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional.

“DUPP juga menyambut baik ketegasan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesekali tidak berkompromi dengan kelompok kleptokrat yang cuba untuk mengganggu gugat proses pentadbiran negara serta menginginkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan tanya menyebut nama mana-mana pihak.

Istilah kleptokrat merujuk kepada pemimpin yang menyalahgunakan kekuasaan politik untuk memenuhi kekayaan peribadi dan mengabaikan kebajikan rakyat.

Ia mula menjadi istilah yang banyak digunakan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada 2016 sehingga kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, susulan pendedahan skandal kewangan terbesar dunia membabitkan dana pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan tewasnya BN yang dikuasai UMNO pada PRU14 itu, kekayaan beberapa tokoh di kalangan pemimpin parti itu terdedah, termasuk wang berjuta-juta ringgit di dalam akaun peribadi Najib yang dikatakan hasil penyalah gunaan kuasa dan penyelewengan.

Najib menjawat jawatan Perdana Menteri sebelum PRU14, manakala rakan kleptokrasinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kedua-duanya kini berdepan kes di mahkamah atas puluhan tuduhan jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang dilakukan ketika berkuasa.

Muhyiddin ketika perutusan selepas meletak jawatan Perdana Menteri Kelapan semalam berkata beliau tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa.

Pada 4 Ogos lalu, Muhyiddin mendedahkan ada pihak yang tidak senang dengan ketegasan beliau enggan campur tangan dalam urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Berita berkaitan
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
10 jam lalu· Isu semasa
Inilah cermin yang patut penasihat ekonomi PM lihat: Marzuki
September 21, 2022· Politik
PM belum bincang tarikh PRU-15 dengan ‘Top Five’ UMNO
September 11, 2022· Politik
PN sedia terima keputusan tolak PH, tak tolak saingan tiga penjuru: Muhyiddin
September 3, 2022· Politik
Popular
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
October 3, 2022
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
October 3, 2022
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
October 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
12 jam lalu · Politik
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
13 jam lalu · Politik
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
15 jam lalu · Politik
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
10 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok