Dewan Tertinggi BN belum benarkan bergabung dengan PH di Perak: Ka Siong

November 21, 2022 · Politik

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbincang mengenai keputusan gabungan itu membentuk kerajaan negeri Perak bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH).

Naib Pengerusi BN Datuk Seri Wee Ka Siong berkata mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu juga belum lagi diadakan setakat ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berakhir.

“Maaf ya, Dewan Tertinggi Barisan Nasional tidak pernah berbincang tentang BN dan PH bergabung membentuk Kerajaan Perak.

“Malahan, selepas PRU15, mesyuarat Dewan Tertinggi BN masih belum lagi diadakan setakat waktu ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya pada Isnin.

Pada PRU-15, MCA yang mewakili BN hanya menang dua kerusi Parlimen sahaja.

Justeru, beliau kesal kerana Dewan Tertinggi BN diketepikan susulan tindakan penggabungan di Perak dibuat tanpa merujuk kepada beliau selaku Naib Pengerusi BN.

“Saya sebagai Presiden MCA dan Naib Pengerusi Barisan Nasional TIDAK pernah dirujuk atau dimaklumkan langsung. Entah dari mana keputusan itu dicapai! Dewan Tertinggi BN diketepikan.

“Terkini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng pula menyokong PH bergabung dengan BN untuk membentuk kerajaan,” ujarnya.

Berita berkaitan
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
3 jam lalu· Politik
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu· Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023· Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
3 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
13 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok