Desak tamatkan MoU, PRU segera kerana nak elak kes mahkamah: Nazri

July 14, 2022 · Politik

Veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui terdapat kepentingan peribadi dikalangan pemimpin utama parti sebagai punca wujud desakan ditamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang dan mengadakan pilihan raya umum (PRU) segera.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata UMNO sebenarnya menentang MoU tersebut dan bukannya pembangkang, ia sesuatu yang membimbangkan kerana dilihat memusuhi kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Yang menentang MoU bukanlah dari pihak pembangkang. Tetapi dalam parti kami. Mereka yang dalam UMNO.

“Saya bimbang tentang UMNO. Tidak bimbang tentang PAS atau Bersatu. UMNO adalah musuh terbesar kita pada masa ini,” katanya dipetik dalam portal MalaysiaNow semasa satu forum di Singapura hari ini.

Menurut Nazri lagi, desakan untuk menamatkan MoU dan menyegerakan PRU-15 datang daripada pemimpin UMNO yang terpalit dengan kes mahkamah kerana mahu menyelamatkan diri daripada dijatuhi hukuman.

“Tetapi (desakan batalkan MoU dan segerakan PRU-15) datang dari parti saya sendiri, kenapa? Kepentingan peribadi. Nak elak kes mahkamah.

“Apa yang akan berlaku kepada mereka jika mahkamah mendapati mereka bersalah? Ini memalukan dan tidak masuk akal,” katanya lagi.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama rakannya, Datuk Seri Najib Razak ketika ini sedang berdepan pendakwaan dan sedang dibicarakan di mahkamah.

Untuk rekod, Najib sudah disabitkan hukumannya berhubung kes rasuah dana SRC International Sdn Bhd dan kini sedang diperingkat terakhir proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, UMNO sudah membuat ketetapan dan meminta Ismail Sabri supaya tidak menyambung MoU dengan pembangkang yang akan berakhir 31 Julai ini.

Malah, Zahid juga berkali-kali sudah memberi isyarat kepada Ismail Sabri agar segera membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.

Bagaimanapun, difahamkan sehingga hari ini masih belum ada perbincangan antara lima pemimpin tertinggi UMNO diadakan untuk mencari tarikh PRU, ia walaupun semasa Perhimpunan Agung Khas sebelum ini ketetapan sudah dibuat supaya “Top 5” berunding.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Penjelasan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan
November 21, 2022
Sidang Khas Parlimen: 3 Ahli Parlimen positif Covid-19 semasa ujian calitan
July 24, 2021
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
PRN Johor: Enam calon Bersatu bukan Melayu
February 24, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok