Desak segera PRU-15 hanya pentingkan diri, bukan rakyat: Hadi

June 3, 2022 · Politik

PAS menempelak pihak yang mendesak supaya pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera diadakan sebagai mementingkan diri sendiri, dan tidak mengutamakan kesusahan rakyat sekarang ini.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berpendapat keadaan negara yang berdepan dengan inflasi serta baru pada peringkat pemulihan ekonmi kesan daripada pandemik Covid-19, tidak mewajarkan PRU diadakan.

Mereka yang membuat desakan itu katanya adalah golongan yang mementingkan diri.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu tunduk kepada desakan berkenaan, sebaliknya menumpukan kepada pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk PRU, tetapi kita mengambil kira rakyat dan mahu kesusahan mereka diselesaikan dahulu.

“Kita tidak bergantung kepada desakan orang kerana golongan itu hanya mahu berkuasa, PAS bukan begitu kerana kita turut mengutamakan rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Klip video kenyataan itu turut disiarkan dalam laman Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Marang itu berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk membubarkan Parlimen ketika seluruh dunia masih bergelut dengan isu ketidaktentuan ekonomi di samping Covid-19.

Abdul Hadi juga menolak dakwaan kononnya PAS takut kehilangan kuasa jika PRU-15 diadakan segera.

Tegasnya, jentera PAS sudah bersiap-siaga untuk berjuang sama ada tarikh PRU cepat atau lambat.

Kelmarin, Perdana Menteri sekali lagi didesak partinya UMNO supaya mengadakan segera PRU-15 kerana kononnya Barisan Nasional (BN) telah bersedia.

Dalam ucapannya dalam Konvensyen Tahunan Ke-48 BN di Pusat Dagangan Dunia Rabu lalu, Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ‘menunjukkan’ kepada Ismail Sabri bahawa parti itu mahukan PRU diadakan dalam tahun ini juga.

“Saya nak tanya dengan para perwakilan… siapa mahu pilihan raya tahun hadapan. Siapa mahu pilihan raya tahun ini?

“Siapa mahu pilihan raya dalam waktu terdekat.

“Kalau kita mahu pilihan raya pada tahun ini dan waktu terdekat… saya nak lihat berapa yang bangun dan menyokong saranan ini,” kata Zahid yang kemudian disambut tindakan berdiri oleh peserta konvensyen yang hadir.

Kenyataan itu menyusul tatkala Perdana Menteri dalam wawancara dengan akhbar Jepun, Nikkei Asia yang diterbitkan semalam, telah membayangkan bahawa beliau tidak akan tergesa-gesa mengadakan PRU-15 lebih awal.

Berita berkaitan
Adakah adil menyalahkan kerajaan untuk sesuatu di luar kawalan mereka?
9 jam lalu· Rencana
Inflasi di Malaysia salah siapa?
9 jam lalu· Rencana
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
10 jam lalu· Politik
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022· Isu semasa
Popular
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
July 4, 2022
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
5 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
7 jam lalu · Politik
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
9 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
11 jam lalu · Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok