Desak buka Parlimen tapi PKR tangguh pemilihan parti takut Covid-19

June 20, 2021 · Politik

Walaupun mendesak agar sidang Parlimen segera dijalankan ketika pandemik Covid-19, PKR membuat keputusan sebaliknya melibatkan pemilihan parti apabila mengumumkan penangguhannya kerana bimbang ahlinya berisiko dijangkiti virus membunuh itu.

Selari penangguhan pemilihan parti, PKR juga melanjutkan tempoh memegang jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan jawatan kuasa cabang bagi sesi 2018 hingga 2021.

Keputusan itu dicapai selepas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan dua usul khas pada Kongres Nasional PKR Ke-15, ia kemudiannya diluluskan oleh kongres.

“Paling akhir kita adakan pemilihan pada 18 November 2019 dan tempoh penggal pegang jawatan adalah tiga tahun iaitu berakhir pada November 2021.

“Dalam perlembagaan parti, MPP boleh mengawal atau menangguhkan pemilihan tetapi tidak lebih daripada 18 bulan. Jadi kita buat keputusan menangguhkan pada satu tarikh yang akan diputuskan tetapi tidak melewati Mei 2023 iaitu 18 bulan selaras dengan perlembagaan parti,” katanya hari ini petik Utusan Malaysia.

Justeru, beliau mengusulkan dua usul iaitu pemilihan parti akan diadakan pada satu tarikh ditetapkan tidak lewat dari Mei 2023 dan melanjutkan tempoh pegang jawatan sehingga pemilihan parti diadakan.

Kedua-dua usul itu diterima sebulat suara oleh perwakilan.

Pada masa sama, Saifuddin dalam kenyataan berkata, antara faktor lain juga adalah PKR tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengadakan pemilihan tahun ini.

“Pemilihan parti lazimnya berlangsung hampir enam bulan membabitkan peringkat cabang, Angkatan Muda PKR (AMK), wanita dan MPP. Ketika tempoh darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan, pemilihan dalam tempoh yang panjang terdedah kepada risiko Covid-19.

“Pemilihan parti ialah sistem satu anggota satu undi yang berjalan secara himpunan fizikal. PKR sekarang mempunyai keanggotaan sebesar 1,033,000 ahli yang jika 30 peratus sekalipun keluar mengundi akan terdedah risiko Covid-19 yang amat membahayakan,” katanya.

Dengan mengambil kira semua faktor tersebut, beliau memberi jaminan bahawa PKR terus komited memberi keutamaan kepada usaha mengatasi pandemik Covid-19, membela rakyat, pemulihan ekonomi negara dan pelaksanaan program vaksinasi yang lebih berkesan dan menyeluruh.

Seramai kira-kira 2,000 perwakilan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom, bermula dari pukul 8.00 pagi ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
5 jam lalu· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
8 jam lalu· Politik
Najib tiba-tiba dirawat di HKL? Ada apa-apa ke?
November 30, 2022· Politik
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
November 30, 2022· Politik
Popular
Anwar tangguh umum barisan Kabinet, isu lantikan Zahid buat kepala pening?
December 1, 2022
Tangguh umum Kabinet, warganet sindir Anwar ‘kahwin besar banyak cabarannya’
December 1, 2022
Lagu tema PH ‘penyamun’ tidak dimainkan semasa ceramah PH-UMNO di Padang Serai dan Tioman?
December 1, 2022
Annuar beri peringatan kepada PM, utamakan UMNO dalam Kabinet
December 1, 2022
Lagi Politik terkini
Asyraf disaran puji balik DAP serta padam status FB maki PH
4 minit lalu · Politik
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
3 jam lalu · Politik
Tangguh umum Kabinet, warganet sindir Anwar ‘kahwin besar banyak cabarannya’
6 jam lalu · Politik
Usul lantik Speaker Parlimen antara penentu sokongan terhadap Anwar
7 jam lalu · Politik
Lagu tema PH ‘penyamun’ tidak dimainkan semasa ceramah PH-UMNO di Padang Serai dan Tioman?
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ceramah umum pertama BN-PH hambar, tiada sepatah ‘penyamun’ disebut Mat Sabu
24 jam lalu
[VIDEO] Ahmad Said selar pengundi muda, dakwa disogok PAS
November 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok