Desak bubar Parlimen, Zahid cuba tunjuk pengaruh ke atas PM: Bersatu Terengganu

October 2, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba menunjukkan dirinya masih berkuasa mengawal parti selepas memutuskan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membawa cadangan pembubaran Parlimen dengan segera.

Ketua Penerangan Bersatu Terengganu, Badrolhisham Shafie menyifatkan Presiden UMNO mahu memberitahu ahli-ahli UMNO dibawah beliau sebenarnya berkuasa dan berpengaruh terhadap Ismail Sabri yang hanya sekadar seorang Naib Presiden dan bukannya Presiden parti itu.

“Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk tidak bersetuju bagi membubarkan Parlimen.

“Dalam kata lain, Presiden parti cuba membuktikan pengaruhnya ke atas Naib Presiden sebagai bukti beliau masih menguasai parti,” katanya dalam kenyataan media.

Mengulas lanjut, Badrolhisham berkata tindakan memecat dan mengantung ahli parti yang mengkritik kepimpinan Zahid bagi tujuan yang sama tanpa melalui proses jawatan disiplin parti.

“Sedangkan hakikatnya, imej parti telah rosak akibat pemimpin parti yang korup. Dengan puluhan kes pendakwaan dan ada terbukti bersalah, kekal menerajui parti.

“Syukurlah UMNO kekal begini. Rakyat punya alasan untuk menolak UMNO secara total dengan keangkuhan dan urus tadbir parti yang songsang,” katanya lagi.

Terdahulu pada Jumaat lepas, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan supaya PRU-15 diadakan tahun ini dan Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Untuk rekod, Zahid berterusan memberi desakan dan tekanan kepada Ismail Sabri supaya segera membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dengan segera.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
11 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
15 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok