Denda Rosmah sama dengan kos PRU-15, baik bantu mangsa banjir: PKR

September 7, 2022 · Politik

PKR menyatakan pendirian supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun depan memandangkan musim banjir yang semakin dekat tidak lama lagi, malah semalam banjir besar sekali lagi melanda di Baling, Kedah.

Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil berkata kos PRU-15 yang dianggar RM1 bilion itu terlalu rugi untuk dibazirkan hanya semata-mata untuk kepentingan parti politik tertentu dengan menyindir kos tersebut hampir sama dengan denda dikenakan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang didapati bersalah baru-baru ini.

“Sekiranya (PRU) diteruskan, (kosnya) RM1 bilion.

“Itu hampir sama dengan jumlah yang perlu dibayar oleh Rosmah, jumlah yang sangat besar.

“Sepatutnya wang itu kita sediakan sebagai dana membantu rakyat hadapi musim banjir,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Untuk rekod, Rosmah sebelum ini didapati bersalah dan dijatuhi hukuman 1 September lalu 10 tahun penjara dan denda RM970 juta.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu disabitkan bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada 20 Ogos lalu berkata kos PRU-15 dijangka mencecah hingga RM1 bilion, berbanding jutaan ratus ringgit sebelum ini.

Peningkatan kos itu susulan pertambahan jumlah pengundi yang besar melalui pelaksanaan dasar undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik yang berkuat kuasa sejak Disember tahun lalu.

Menurut Fahmi lagi, kebimbangan PKR adalah banjir kilat yang kerap berlaku sehingga menjejaskan rakyat yang terpaksa bergelut dengan kehidupan sekiranya menjadi mangsa banjir.

“Pada ketika banjir kilat mungkin boleh berlaku bila-bila masa, adakah wajar wang itu digunakan untuk tujuan PRU ataupun selesaikan masalah rakyat,” katanya lagi.

UMNO ketika ini berterusan memberi desakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan dengan segera.

Tekanan semakin kuat selepas Najib dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun baru-baru ini.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
15 jam lalu· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu· Isu semasa
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
15 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
23 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
23 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok