Deklarasi Gabungan Pondok Se-Malaysia ajak tolak PH, perasuah

November 18, 2022 · Politik

Gabungan Pondok Se-Malaysia hari ini (18 November 2022) mengeluarkan deklarasi mengingatkan pengundi supaya menolak Pakatan Harapan (PH) dan calon parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Esok (Sabtu, 19 November 2022) lebih 21.17 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi akan memilih parti yang akan mentadbir negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, gabungan itu juga turut menolak calon, antaranya, yang tidak berintegriti, mendukung fahaman komunisma, liberalisme, pluralisme dan ekstremisme, serta bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Tidak menjadikan Pakatan Harapan sebagai pilihan untuk membentuk kerajaan. Komponen PH jelas masih dibayangi ideologi serta calon-calon yang tidak jelas kesediaan mereka mendukung Syariah Islam agama negara serta Perlembagaan,” kata gabungan itu.

Menurutnya PRU-15 merupakan detik penting bagi menyediakan kepimpinan yang mampu mengemudi rakyat dan negara menghadapi segala cabaran menuju kesejahteraan hidup beragama, bermasyarakat dan bernegara.

Kata gabungan itu, keamanan dan kemakmuran negara adalah hal utama yang dituntut dalam Syariat Islam dan bahawa Islam aliran Ahlu Sunnah wal Jamaah terbukti berjaya menjaga keharmonian amalan beragama di Alam Melayu selama ratusan tahun.

“Amanah utama kepimpinan negara adalah menjaga setiap masa kesejahteraan rakyat dan negara berasaskan dasar dan nilai Islam sebagai Agama Persekutuan.

“Perlembagaan Persekutuan adalah landasan bagi pemerintahan negara yang mesti dipatuhi bagi memastikan keadilan dan kesejahteraan terlaksana di negara ini.

“Negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang semakin mencabar, cuaca yang tidak menentu, ancaman anasir luar yang menggugat jati diri bangsa dan kuasa politik yang belum stabil.

“Akhirnya kami menyeru semua pemilih dari segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda yang merupakan pengundi sulung agar menimbangkan dengan cermat dan berhati-hati amanah memilih dalam PRU-15 ini serta kesannya kepada diri, keluarga, masyarakat, generasi dan negara.

“Semoga pertimbangan yang sewajarnya daripada semua akan menjadi khidmat bakti bermakna buat agama, bangsa dan tanah air tercinta,” kata gabungan itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
20 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
21 jam lalu· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok