Dedah perbincangan dalaman PKR, Rafizi kena tegur

November 4, 2022 · Politik

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menegur Timbalan Presidennya susulan kenyataan terbuka dibuat Rafizi Ramli berkait pemilihan calon di Parlimen Sungai Buloh, seolah-olah melawan keputusan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin menggesa Rafizi menghentikan perbuatannya itu dan menghormati proses dalaman parti.

“Parti telah buat keputusan. Hormat dan patuh. Elak buat kenyataan tentang hujah, alasan atau siapa di sebalik sesuatu keputusan itu dibuat.

“Calon telah dimuktamadkan. Itu keputusan bersama. Ini keputusan parti. Tidak semua perbincangan dalaman parti perlu dihebah. Proses parti perlu dihormati,” katanya lapor Malaysiakini.

Semalam Rafizi berkata pada awalnya beliau dan jawatankuasa pemilihan calon PKR mencadangkan penyandang kerusi parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa dikekalkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Namun katanya, Anwar mempunyai pendapat berbeza dan beliau menghormati budi bicara tersebut kerana kuasa memilih calon terletak pada tangan presiden parti.

PKR sebelum ini mengumumkan pencalonan Timbalan Ketua Penerangannya, Datuk R Ramanan di kerusi Parlimen Sungai Buloh namun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli yang mahukan Sivarasa dikekalkan atau memilih calon lain.

Penolakan itu semakin hangat selepas BN mengumumkan Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin sebagai calon di Parlimen itu.

Melalui Twitter, Rafizi memberitahu akan berbincang dengan Anwar susulan menerima maklum balas daripada akar umbi parti berhubung pencalonan itu namun PKR akhirnya mengekalkan Ramanan yang juga bekas bendahari agung MIC di kerusi itu.

Dalam pada itu, Anwar dilaporkan berkata pengguguran Sivarasa di kerusi itu susulan isu kesihatan yang boleh memberi kesan kepada peluang PH untuk mengekalkan kerusi itu.

Sungai Buloh mempunyai 158,090 jumlah pengundi dengan kaum Melayu terdiri daripada 99,278 pengundi diikuti Cina (32,560) dan India (16,361).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok