Debat tidak bawa hasil, kata calon PM UMNO beri alasan lagi

October 29, 2022 · Politik

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mengulangi pendirian tidak mahu menyahut cabaran untuk berdebat yang dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calon Perdana Menteri (PM) dari UMNO itu kali ini memberi alasan debat tidak membawa sebarang hasil dan hanya setakat membawa penyokong bersorak dalam dewan, ia selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah menyatakan kesediaan untuk menyahut cabaran tersebut.

“Saya sudah mengatakan dari segi debat ini tidak membawa hasil pun…setakat habis debat, habislah. Orang ini bawa penyokong, orang itu bawa penyokong dan penyokong bersorak-sorak dalam dewan. Itu saja.

“Kita dalam kerajaan lebih daripada berdebat. Kita pastikan apa yang dirancang (dan) diumumkan dilaksanakan. Kalau timbul masalah (seperti) kos sara hidup meningkat, kita kena tengok keadaan ini untuk mengurangkan beban rakyat.

“Tugas kerajaan itu banyak dan tugas kita bukan setakat bercakap, tetapi kita juga melaksanakan,” katanya dipetik laporan Bernama hari ini.

Ujarnya lagi, pihak pembangkang boleh bercakap apa sahaja yang mereka mahu tetapi berbeza dengan kerajaan apabila setiap janji yang dibuat perlu ditunaikan.

“Mereka tidak perlu melaksanakan kerana mereka tidak akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan (perkara yang diperkatakan) kerana mereka bukan kerajaan. Sedangkan kita (kerajaan) bila berjanji, mesti kita laksanakan,” jelasnya lagi.

Sebelum itu, Anwar semasa ceramah di Temerloh baru-baru ini mencadangkan perdebatan antara calon PM daripada tiga parti.

Terdahulu semalam, Muhyiddin juga sudah menyuarakan kesediaan berdebat dengan mana-mana calon PM parti lain sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
1 jam lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok