Debat Ekonomi Syahir-Rafizi 9 Ogos ini

August 1, 2023 · Politik

Debat antara Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Syahir Sulaiman dijadualkan berlangsung 9 Ogos ini.

Perkara itu diumumkan Rafizi yang juga Menteri Ekonomi melalui satu kenyataan ringkas di akaun Facebooknya, hari ini.

“Saya telah dimaklumkan bahawa saudara Syahir telah menerima semula jemputan saya untuk berdebat setelah mendapat keizinan pimpinan beliau.

“Saya ucapkan terima kasih. Platform debat adalah peluang bagi parti-parti membentangkan idea dan tawaran kepada rakyat.

“Maklumat lanjut debat akan dimaklumkan tetapi tarikh setakat ini adalah 9 Ogos 2023,” katanya.

Sementara itu, Syahir turut mengesahkan perkara itu melalui kenyataan di akaun Facebooknya, hari ini.

“Debat Ekonomi. Setelah mendapat perkenan, saya dengan ini menyatakan persetujuan.

“Format, moderator, tarikh dan tempat, YB RR (Rafizi Ramli) cadangkan. Tajuk ‘Malaysia Lebih Baik’, saya cadangkan. Bismillah,” katanya yang pernah menjawat sebagai Ketua Felo Penyelidik (Ekonomi) Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok turut berkongsi e-mel yang dihantar kepada Rafizi pagi tadi di ruangan komen.

“…maka saya dengan ini menyatakan persetujuan tanpa sebarang syarat,” katanya.

Sebelum ini Rafizi mencabar Syahir yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk berdebat dengannya berkait ekonomi setelah dua cabarannya terhadap seteru politik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor tidak dilayan.

Azmin yang juga bekas Menteri Kanan Ekonomi sebelum ini bersetuju untuk berdebat namun dengan syarat Rafizi perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

Sementara Sanusi yang merupakan Menteri Besar Kedah merangkap Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) menyifatkan berdebat dengan Rafizi tidak menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.

Berita berkaitan
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok