Debat calon PM: Penganjur tak tahu nak jemput Zahid atau Ismail Sabri

November 7, 2022 · Politik

Satu debat umum melibatkan tiga pemimpin gabungan parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini sedang dirancang, tetapi penganjur dilapor menghadapi masalah untuk membuat jemputan.

Bagi penganjur, surat jemputan menyertai debat boleh dihantar kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, penganjur dikatakan tidak dapat memastikan sama ada surat jemputan perlu dihantar kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili Barisan Nasional.

Walaupun, BN mengatakan Ismail Sabri bukan sahaja ‘poster boy’ dalam PRU-15, tetapi juga calon Perdana Menteri, penganjur masih ragu-ragu berhubung perkara itu.

Ini kerana terdapat pemimpin UMNO yang mengetahui hal itu mendakwa Zahid akan mengetepikan Ismail Sabri sekiranya BN menang besar dalam PRU-15, yang ditetapkan pada 19 November ini.

Hujung minggu, Ismail Sabri menegaskan bahawa beliau adalah calon Perdana Menteri.

Namun, veteran politik UMNO dari Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan Ismail Sabri berhati-hati supaya tidak menjadi ‘kuda tunggangan’.

Shahidan mendakwa Zahid tidak lagi bercakap tentang Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri daripada BN jika gabungan itu menang.

Jumaat lalu (4 November), seorang lagi pemimpin UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mendedahkan bahawa Zahid sedang merancang untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, walaupun mengesahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ BN bagi PRU-15.

Zahidi mendakwa Zahid telah mengambil kesempatan daripada proses pemilihan calon BN untuk mengukuhkan cengkamannya terhadap parti itu.

“Kita boleh lihat Zahid sedang mengintai jawatan Perdana Menteri, tetapi jangan lupa bahawa dia mempunyai banyak kes mahkamah, dan ini akan menyukarkan lagi UMNO untuk menang (PRU-15),” katanya.

16 Oktober lalu Zahid berkata Ismail Sabri adalah calon perdana menteri BN.

Bagaimanapun, pada 2 November, surat perisytiharan calon UMNO yang didakwa mengandungi klausa untuk menyokong Zahid sebagai calon perdana menteri menjadi tular.

Zahid serta Pengarah Komunikasi BN Datuk Seri Dr Shamsul Annuar Nasarah, salah seorang calon yang kononnya menandatangani surat itu, mengatakan dakwaan berkenaan adalah palsu.

Surat itu menjanjikan tawaran jawatan Kabinet dan pelantikan politik kepada ahli Parlimen UMNO, serta menggugurkan kes mahkamah membabitkan pemimpin tertinggi parti sebagai pertukaran untuk perisytiharan sokongan mereka.

Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung mengesahkan pihaknya sedang merancang mengadakan debat itu, tetapi mempunyai masalah untuk menjemput calon Perdana Menteri daripada BN, menurut NST.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu· Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
21 jam lalu· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok