Debat bukan budaya kita, kata ‘poster boy’ BN

October 25, 2022 · Politik

Malaysia tidak mempunyai “budaya” melihat calon Perdana Menteri (PM) berdebat secara terbuka, menurut “poster boy” Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 Nobember ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sambil berkata tiada faedah untuk mengadakan debat awam, calon PM bagi BN hari ini (25 Oktober 2022) menolak cadangan pesaingnya dalam Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kedua-dua mereka berdebat sesama sendiri dalam perkara dasar menjelang 19 November depan.

Perdana menteri sementara daripada BN itu mendakwa Anwar akan menjanjikan “bulan dan bintang” dalam debat, tatkala beliau sibuk menjalankan kempen pilihan rayanya.

“Debat bukan budaya kita, kita tidak pernah melakukannya sebelum ini dan ia tidak memberi apa-apa faedah.

“Kalau kita biarkan dia berdebat, dia akan beri janji, manifesto, bulan dan bintang pun dijanjikan. Jadi saya rasa tidak perlu.

“Kami tidak pernah menganjurkan debat sebelum pilihan raya dan kami membentuk kerajaan berdasarkan keyakinan rakyat terhadap kami,” katanya menurut Malay Mail.

Ismail Sabri berkata demikian pada sideng media selepas menghadiri taklimat di Bukit Aman, hari ini.

Pada 20 Oktober, Anwar mencadangkan calon PM daripada tiga gabungan utama yang bertembung dalam PRU-15 perlu berdebat antara satu sama lain sebelum hari pengundian.

Pengerusi PH itu berkata debat berkenaan harus tertumpu kepada perkara berkaitan dasar dan tidak menghina serta mengetengahkan isu yang menjadi tumpuan dalam kempen pilihan raya mereka.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata ‘top five’ parti akan bermesyuarat semula tidak lama lagi untuk memuktamadkan calon sebelum hari penamaan pada 5 November.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
3 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
16 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok