Datuk ditahan kes rasuah RM11 juta seorang Ketua Bahagian UMNO

July 12, 2021 · Politik

Ketua Bahagian UMNO Bayan Baru, Pulau Pinang Datuk Mansor Musa yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 106 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM11 juta yang diterima daripada pelbagai syarikat.

Mansor yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Dia didakwa menerima sogokan antara September 2011 dan 10 Ogos tahun lalu. Memetik laporan FMT, sumber sogokan itu tidak disebutkan dalam dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada wartawan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung dari 2004 hingga 2008, didakwa atas 42 tuduhan terlibat dalam pengubahan wang dan 64 tuduhan bersubahat sepanjang tempoh lebih sembilan tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) dan (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kesalahan di bawah subseksyen (a) membawa denda maksimum RM5 juta dan/atau penjara maksimum lima tahun, sementara subseksyen (b) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda hasil haram atau RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faridz Gohim Abdullah, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Muhamad Azlan Basri, manakala Kek Boon Wei dan Helen Ng mewakili Mansor.

Hakim Norhayati Mohamad Yunus menetapkan 28 September untuk pengurusan kes sementara menunggu penyerahan dokumen. Beliau juga memerintahkan Mansor menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri kepada SPRM setiap bulan.

Semalam, sumber memberitahu suspek dipercayai menerima suapan daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri, melalui syarikatnya sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut untuk projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan.

Berita berkaitan
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
40 minit lalu· Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
1 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
7 jam lalu· Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
8 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
27 minit lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
3 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
5 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
7 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok