‘Darah, udara baharu’ tawaran PN ganti kerosakan dibawa UMNO, BN

October 26, 2022 · Politik

Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) kini menjadi alternatif kepada rakyat Malaysia, terutama orang Melayu, setelah UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah terlalu lama dan semakin rosak, kata sayap Pemuda Bersatu, Armada.

Exco Armada Harris Idaham Rashid mengakui bahawa kebanyakan pemimpin utama Bersatu dan PN sekarang ini berasal daripada ahli UMNO, tetapi mereka telah keluar lebih awal setelah mendapati parti itu telah rosak.

“Bersatu ini memang dipimpin pada awalnya oleh Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga ramai bekas-bekas pimpinan tertinggi UMNO.

“Kerana mereka melihat bahawa perlunya sesebuah parti politik untuk menjadi opsyen (pilihan) lain kepada orang Melayu, khususnya, ataupun pengganti kepada UMNO.

“Jadi tentunya bukan sahaja pimpinan atas yang merasakan sebegitu, pimpinan pertengahan dan pimpinan bawah juga ahli-ahli biasa ini juga mendapati bahawa UMNO ini sistemnya sudah lama ada yang pendapat ianya sudah rosak,” katanya ketika diwawancara menerusi program Sembang PRU-15 Utusan Online yang disiarkan secara langsung hari ini (26 Oktober 2022).

Untuk rekod, kerosakan yang dilakukan pemimpin UMNO dan BN, termasuk menyeleweng berbilion-bilion ringgit wang rakyat, selain rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Kemuncak daripada penyelewengan pemimpin UMNO dan BN terdedah menerusi kehilangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia.

Akibatnya Presiden UMNO ketika itu yang juga Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah dan dihantar menjalani hukuman penjara 12 tahun, membabitkan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB.

Najib juga masih berdepan dengan banyak lagi pertuduhan jenayah melibatkan dana 1MDB dan beberapa kes lain, sementara isterinya Datin Seri Rosmah Mansur turut dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana rasuah projek solar hibrid.

Selain Najib, Presiden UMNO dan Pengerusi BN sekarang ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berdepan hukuman di atas 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah.

Mengulas lanjut, Harris Idaham berkata disebabkan itu juga PN kini mengenakan tapisan paling ketat terhadap semua bakal calonnya untuk bertanding dalam PRU-15, kali ini.

Langkah itu katanya, bertujuan supaya parti komponen PN – Bersatu, PAS, Gerakan, SAPP dan STAR – mampu menawarkan calon-calon yang berwibawa dan boleh berkhidmat, selain mengikut prinsip asas parti iaitu integriti dan amanah, selain prihatin rakyat.

“Tapisan terhadap calon Perikatan Nasional kali ini sangat-sangat rigid… ketat… supaya PN dapat menawarkan calon boleh menang dan mampu berkhidmat kepada rakyat,” katanya yang mengesahkan turut diminta mengisi borang pencalonan bagi Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang.

Katanya PN juga menawarkan ‘darah baharu’ dan ‘udara baharu’ kepada anak muda untuk menyertai politik tanah air, menggantikan sistem lama UMNO yang telah rosak.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
23 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok