DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali

December 4, 2022 · Politik

Setiap keputusan dan langkah diambil Datuk Seri Anwar Ibrahim ditelan dengan sukarela pemimpin DAP asalkan cita-citanya kekal menjadi Perdana Menteri (PM) terlaksana.

Daripada keputusan melantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan sehingga melantik anak murid, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalannya, semua keputusan itu diterima DAP dengan berlapang dada walaupun pahit untuk diterima pengundinya.

Dalam komposisi lantikan barisan Kabinet yang menyaksikan DAP diberikan portfolio kecil dan tidak besar pun, pemimpin parti itu menerimanya dengan rela hati demi Anwar.

Prinsip integriti dan mahu kerajaan bersih yang diperjuangkan DAP sebelum ini dicampak DAP asalkan terbentuknya kerajaan campuran jajaran baharu, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Lebih tidak masuk akal, parti perasuah yang sering pemimpin DAP beri label kepada UMNO juga sudah tidak lagi kedengaran kerana Zahid sudah disucikan Anwar dengan pembentukan kerajaan PH-BN baru-baru ini.

Suara lantang pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo dan Lim Kit Siang yang sebelum ini sangat anti kepada UMNO kerana angkara penyelewengan dan rasuah juga secara tiba-tiba kini sudah suci serta-merta.

Pengundi DAP yang pulang dari luar negara dan sanggup berhabis ribuan ringgit mahu melihat perubahan langsung tidak difikirkan kerana sudah mabuk kuasa.

Malah, terdapat pengundi PH-DAP yang menghantar emel kepada Agenda Daily mengadu kecewa dengan sikap tidak jujur dan menipu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila kertas undi mereka dikhianati dengan keputusan membawa masuk kumpulan kleptokrat kembali berkuasa.

Kumpulan kleptokrat kini sudah menjadi rakan rapat, jadi semua tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh PH-DAP sebelum ini terhadap UMNO mahu dipadamkan serta-merta dan mereka berharap pengundi mereka juga lupa dengan apa yang pernah dibuat sebelum ini.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke semalam berkata parti itu komited menyokong Pengerusi PH Anwar Ibrahim untuk menjadi PM.

Sokongan tersebut, katanya, diberikan DAP tanpa sebarang syarat.

Pada masa sama, katanya, DAP juga sedar pendirian tersebut bermakna parti itu sedia mengorbankan kedudukan mereka dalam kerajaan demi Anwar.

“Justeru apa saja jawatan yang diberikan, kami akan lakukan yang terbaik untuk negara,” katanya.

Kenyataan Loke tersebut secara tidak langsung menunjukkan DAP sebenarnya menjadi pendokong utama kembalinya kumpulan perasuah kleptokrat berkuasa dalam kerajaan.

Malah, ia juga memberi petanda bahawa semua prinsip dan perjuangan DAP selama ini menentang perasuah adalah sia-sia apabila mereka juga bersama menjadi punca kleptokrat kembali berkuasa dalam kerajaan sekarang.

Dalam barisan kabinet yang diumumkan Anwar , DAP diberikan empat jawatan Menteri.

Selain Loke, turut dibawa menyertai kabinet Anwar ialah Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Hannah Yeoh (Segambut) sebagai Menteri Belia dan Sukan, serta V Sivakumar (Batu Gajah) sebagai Menteri Sumber Manusia.

Tidak apalah diberikan portfolio kecil sekalipun, nampaknya DAP sedia menerima apa saja yang ditawarkan asalkan cita-cita Anwar menjadi PM tercapai walaupun terpaksa membuang prinsip reformasi yang dilaungkannya selama ini.

Reformasi ini sudah jadi reforbasi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
10 jam lalu· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok