DAP tanya kerajaan Ismail Sabri takut TikTok kah?

June 28, 2022 · Politik

DAP hari ini mempersoalkan penangkapan bekas Ahli Dewan Negara (Senator) Siti Aishah Shaik Ismail semalam kerana didakwa memuat naik video TikTok sebagai reaksi keputusan kerajaan menarik balik subsidi.

Pengerusi Biro Media Sosial DAP Syahredzan Johan berpendapat tidak ada sebab mengapa tindakan seperti ini, yang boleh dianggap tidak berkadar, perlu diambil ke atas seseorang yang hanya membuat video TikTok mengkritik kerajaan.

“Adakah tindakan yang diambil terhadap Siti Aishah disebabkan video TikTok itu telah menjadi begitu tular, sehingga menyebabkan ada pihak yang rasa tidak senang dengan video tersebut?

“Ia menimbulkan persoalan sama ada kerajaan kini merasakan bahawa video TikTok boleh mengancam kedudukan mereka, sehingga perlu mengambil tindakan sedemikian.

“Adakah Kerajaan kini takut dengan video TikTok?,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Siti Aishah sebelum ini memuat naik video di TikTok mengenai isu subsidi yang kononnya akan dihapuskan pada 1 Julai sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Susulan itu, polis menangkapnya setelah menerima aduan dan menyerbu rumahnya, selain merampas beberapa peralatan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah mengambil keterangannya berhubung video TitTok itu.

24 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dan harga siling baharu akan diumumkan kelak.

Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata kerajaan tidak lagi memberikan subsidi kepada penternak ayam bermula 1 Julai bagi mengurangkan bebanan kenaikan harga barangan termasuk ayam.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan kawalan harga siling ayam dan telur ayam serta subsidi minyak masak berbotol antara dua hingga lima kilogram dihentikan bermula tarikh sama.

Mengulas lanjut, Syahredzan mengingatkan bahawa kerajaan sepatutnya sedar bahawa isu subsidi dan harga barang yang menjadi asas kepada video Siti Aishah tersebut adalah isu yang telah membelenggu rakyat untuk sekian lama.

“Inilah sebab mengapa video tersebut telah mendapat 2.5 juta tontonan, lebih 142,000 sukaan (likes) dan lebih 43,000 kongsian (shares),” katanya.

Sehubungan itu, Syahredzan menggesa kerajaan memberi ruang kepada suara-suara menentang dan menjunjung hak untuk bersuara serta memberi pendapat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Jangan bungkam suara yang tidak sehaluan dengan Kerajaan!,” katanya.

Ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum ini, UMNO mendakwa berhak mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun parti itu adalah sebahagian daripadanya dan mempunyai pemimpin yang berada dalam Kabinet.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata walaupun UMNO berada dalam kapal yang sama, namun parti itu tidak sepatutnya menyokong secara semberono terhadap apa sahaja tindakan dan dasar kerajaan PN.

Bagaimanapun, kerajaan PN ketika itu tidak pernah mengambil tindakan menyekat mana-mana pihak untuk mengkritik, termasuk mereka yang menyebarkan pelbagai tohmahan mengatakan kerajaan lemah.

Berita berkaitan
Pengasas DAP meninggal dunia pada usia 97 tahun
23 jam lalu· Isu semasa
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022· Politik
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022· Isu semasa
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022· Isu semasa
Popular
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
August 17, 2022
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022
PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’
August 17, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
12 jam lalu · Politik
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
14 jam lalu · Politik
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
14 jam lalu · Politik
‘Mengarut Ismail Sabri desak pegawai awam pertahan kerajaan dia’
18 jam lalu · Politik
Zahid ajak akar umbi pertahan ‘Raja Media Sosial’ Najib
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok