DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit

December 3, 2022 · Politik

DAP – parti komponen Pakatan Harapan (PH) – mula mempertikaikan kenapa UMNO memperoleh jawatan menteri penuh lebih banyak daripada mereka, sedangkan parti itu mempunyai hanya 30 kerusi Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Walaupun tidak menyatakan secara jelas berhubung UMNO yang mendapat enam jawatan menteri penuh dalam Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP menyifatkan komposisi jawatan itu tidak seimbang.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow berkata terdapat parti politik yang kerusinya kurang berbanding DAP, tetapi sebaliknya mendapat lebih banyak jawatan menteri.

Untuk rekod, pada PRU-15 lalu, Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO menang 30 kerusi Parlimen berbanding, 40 oleh DAP.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Pengerusi PH memberikan enam kerusi menteri penuh kepada UMNO, termasuk melantik Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri 1.

Menteri lain daripada UMNO ialah

  • Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (Menteri Pertahanan);
  • Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pendidikan Tinggi);
  • Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Menteri Luar);
  • Ahli MT UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi); dan
  • Bendahari UMNO Selangor Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Sementara empat sahaja pemimpin DAP yang dilantik menteri penuh iaitu:

  • Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke (Menteri Pengangkutan);
  • Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan);
  • Timbalan Setiausaha Agung DAP, Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Menteri Sumber Manusia); dan
  • Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan).

Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Ketua Menteri berkata pihaknya juga kecewa kerana daripada tujuh ahli Parlimen parti itu yang menang di Pulau Pinang tiada seorang pun yang dilantik menteri.

“Sebuah parti politik meraih kerusi kurang berbanding DAP pada PRU-15 tetapi mendapat dua kali ganda bilangan menteri berbanding DAP.

“Kami kecewa kerana tiada seorang pun daripada tujuh ahli Parlimen DAP Pulau Pinang dilantik sebagai menteri, walaupun kami faham akhirnya, keputusan Perdana Menteri untuk memilih siapa yang patut berada dalam Kabinetnya,” katanya menurut Mkini.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai kemungkinan komposisi politik timbalan menteri, Chow mengelak mengulas soalan itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
7 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Muhyiddin hargai setiakawan PAS
October 13, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok