DAP sudah hilang arah dan semakin sombong, kata ADUN sahkan keluar parti

January 21, 2022 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong hari ini mengesahkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP, kerana kecewa dengan pemimpin parti, yang menurutnya tidak menghargai khidmatnya dalam parti itu.

Beliau mengakui berat hati untuk mengambil keputusan itu, namun terpaksa berbuat demikian kerana beliau mendakwa DAP Sabah kini bukan sahaja telah hilang arah, malah turut mengalami perbalahan dalaman di samping masalah komunikasi teruk antara pemimpinnya, lapor Bernama.

Bagaimanapun beliau mengakui masih belum menghantar surat peletakan jawatan kepada pucuk pimpinan DAP Sabah, tetapi akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Sudah berapa lama saya berada di dalam DAP (sejak 2012) dan perasaan tersisih itu bukan hanya sekali berlaku, tetapi sudah beberapa kali, namun saya masih bersabar kerana saya di sini kerana rakyat dan saya akan sentiasa berjuang untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya ada juga pemimpin parti yang sudah tidak menginginkan beliau kekal dalam parti itu.

Chong berkata ketika ini beliau belum ada perancangan untuk menyertai atau berkerjasama dengan mana-mana pihak, sama ada di pihak pembangkang ataupun parti pemerintah, namun, akan terus berkhidmat sebagai ADUN Bebas.

“Saya masih sayangkan rakyat, terutama pengundi Elopura dan saya berterima kasih kepada semua yang menyokong serta membantu saya sebagai wakil rakyat,” tambahnya.

Sebuah portal berita lewat malam tadi melaporkan Chong, ADUN Sri Tanjong Justin Wong Yung Bin dan bekas senator daripada parti itu Adrian Lasimbang bertindak keluar parti, namun sehingga berita ini ditulis, Wong ketika dihubungi enggan mengulas statusnya dalam parti.

Sementara itu sumber terdekat memberitahu Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Chong, Wong dan Lasimbang.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok