DAP sokong sambung MoU 2.0 dengan kerajaan jika janji ditunaikan

July 24, 2022 · Politik

Kerajaan perlu menunaikan terlebih dahulu janji yang dipersetujui sebelum ini jika mahu memorandum persefahaman (MoU) 2.0 disambung selepas 31 Julai ini.

DAP meletak syarat tersebut sekiranya kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu meneruskan MoU dengan Pakatan Harapan (PH), antara syarat utama tersebut adalah pembentangan Rang Undang-undang (RUU) anti-lompat parti, peruntukan tambahan RM45 bilion bagi membantu rakyat dan pembaharuan Parlimen.

“Jadi, kami perlu melihat sejauh mana keberkesanan kerajaan dalam memenuhi tuntutan ini. Tarikh akhir 31 Julai hanya untuk tidak membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum (PRU).

“RUU anti-lompat parti boleh diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat semasa, tetapi ia perlu melalui Dewan Negara sebelum mendapat perkenan Agong untuk undang-undang itu diwartakan.

“Kita perlu memantau tindakan diambil kerajaan sebelum mengambil keputusan sama ada menamatkan atau melanjutkan MoU itu,” kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang dipetik laporan FMT.

Kenyataan Guan Eng tersebut hadir selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Ismail Sabri bagi menyambung MoU 2.0.

Bagaimanapun, UMNO sudah membuat pendirian tidak mahu MoU 2.0 disambung selepas ia berakhir pada 31 Julai nanti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya memberi desakan supaya Ismail Sabri tidak mengambil masa terlalu lama untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

Menurut Guan Eng, PRU-15 boleh diadakan selepas semua tuntutan ini dipenuhi, tetapi tegasnya PH lebih suka ia diadakan tahun depan kerana rakyat masih berada dalam keadaan susah.

“Kenaikan kos sara hidup, masalah kekurangan pekerja yang serius dan penyusutan nilai ringgit belum diselesaikan lagi. Isu-isu ini perlu diutamakan kerana ia lebih penting daripada mengadakan PRU15,” katanya lagi.

Ismail Sabri dan pemimpin PH memeterai MoU itu pada September 2021 dalam usaha meningkatkan pemulihan ekonomi dan memulihkan kestabilan politik ketika kerajaan menguruskan pandemik Covid-19.

Walaupun MoU itu tidak mempunyai tarikh luput, ia menyatakan kerajaan dan PH bersetuju untuk tidak mengadakan PRU-15 sebelum 31 Julai ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
17 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok