DAP sedia sambut kerjasama dengan UMNO, berlapang dada

June 25, 2021 · Politik

Usaha ke arah jajaran baharu politik UMNO-DAP, sepertimana yang dicetuskan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Haimidi sebelum ini, perlu segera diwujudkan, kata pemimpin DAP Ronnie Liu.

Ahli Jawatankuasa Pusat DAP itu berkata, meskipun bukan mudah untuk merealisasikan perkara itu namun ia perlu segera dilakukan demi memastikan usaha ke arah menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya.

“Saya sedar ada pemimpin dan ahli dalam PH (Pakatan Harapan) tidak senang dengan kerjasama dengan UMNO kerana bimbang UMNO tidak boleh dipercayai, ada rekod rasuah dan sebagainya.

“Tetapi di pihak UMNO juga ada pemimpin dan ahli tidak suka dengan PH, terutamanya DAP yang kononnya anti Melayu dan anti Islam seperti yang dimomokkan sebelum ini,” katanya dipetik Free Malaysia Today hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu berkata, semua pihak perlu berlapang dada dan saling menerima sesama mereka bagi memastikan ia dapat dilakukan sesegera mungkin.

“Jadi dua-dua (belah) penyokong perlu berlapang dada dan melihat isu lebih besar (iaitu) menyelamatkan negara berbanding melihat perseteruan silam antara UMNO dan PH. Orang DAP, Amanah, PKR, UMNO kena ketepikan perasaan atau apa yang berlaku pada masa lampau.

“Dulu kita pernah kerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad (dan) berjaya jatuhkan Najib Razak, sekarang apa salahnya kita bersama-sama menjatuhkan kerajaan Muhyididin sebab sudah gagal?”

Bagaimanapun katanya, kerjasama dengan Dr Mahathir tidak lagi perlu dipertahankan kerana kredibiliti dan kewibawaannya sebagai tokoh politik sudah hilang.

Ditanya sama ada kerjasama PH-UMNO akan bertahan lama atau menerima nasib yang sama seperti kerjasama dengan Dr Mahathir yang hanya bertahan 22 bulan, Liu berkata, pakatan itu boleh bertahan lama jika kedua-dua pihak boleh mengetepikan ego dan mengelak daripada membandingkan siapakah yang lebih bagus atau “suci”.

“PH, UMNO kalau nak kerjasama, sikap itu kena buang, kena saling hormat menghormati. Tetapi kalau sebelum kerjasama sudah sangsi, sudah ada persepsi negatif, ini akan menghalang kerjasama,” katanya.

Berkenaan persepsi negatif yang mungkin dihadapi PH apabila bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang terpalit dengan kes mahkamah, Liu mengingatkan ada juga pemimpin PH yang berada dalam situasi sama.

Beliau menegaskan, seseorang individu tidak boleh dihukum bersalah selagi tidak dibuktikan di mahkamah.

“Dalam politik, musuh menggunakan mahkamah itu perkara biasa walaupun ia tidak sihat,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim mendedahkan seorang Ahli Parlimen Umno mengaku menandatangani dokumen sokongan untuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri dalam penjajaran baharu politik tanah air.

Katanya, Ahli Parlimen itu memaklumkan kepadanya bahawa beliau menandatangani dokumen sokongan itu pada 7 Jun lalu di hadapan Anwar dan Zahid serta seorang “kenamaan”.

Isu penjajaran baharu politik antara PH dengan UMNO bukan perkara yang baharu dibangkitkan.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan Zahid membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya PN semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Sebelum ini beberapa pemimpin parti mendakwa Zahid sedang berusaha untuk membawa UMNO duduk serumah bersama PKR dan DAP.

Khabar angin juga semakin kuat kedengaran Zahid adalah perancang utama untuk menjayakan kerjasama antara UMNO dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU15 nanti.

Malah, klip audio tular Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Zahid juga membuktikan wujud pakatan sulit antara kedua-dua individu untuk memastikan gerakan rahsia tersebut berjaya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
3 jam lalu· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
4 jam lalu· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
9 jam lalu· Politik
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
9 jam lalu· Politik
Popular
Anwar tangguh umum barisan Kabinet, isu lantikan Zahid buat kepala pening?
December 1, 2022
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
December 2, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO bantah senarai Kabinet Anwar?
2 minit lalu · Politik
ADUN DAP, anak Najib dilantik Exco Pahang
46 minit lalu · Politik
Perikatan ada kelebihan selepas BN, PH ketepikan prinsip masing-masing
4 jam lalu · Politik
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
18 jam lalu · Politik
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
18 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok