DAP Sarawak kecewa tapi terpaksa terima selepas tiada wakil dalam Kabinet

December 10, 2022 · Politik

DAP Sarawak walaupun kecewa selepas tiada Ahli Parlimen (MP) dari negeri itu tersenarai dalam barisan Kabinet tetapi terpaksa menerima keputusan dibuat oleh Perdana Menteri.

Pengerusi negerinya, Chong Chieng Jen mengakui Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memberi penjelasan punca MP DAP Sarawak dikecualikan, antaranya disebabkan terdapat “pihak tertentu” yang meminta supaya pemimpin negeri itu tidak dilantik dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) itu.

“Saya berterima kasih kepada perdana menteri yang menghubungi saya malam tadi sebelum pengumuman itu, menjelaskan situasi rumit landskap politik masa kini dan permintaan yang dibuat oleh sesetengah pihak agar ahli parlimen DAP Sarawak dikecualikan daripada jawatan (kabinet).

“Kami faham bahawa dalam keadaan sekarang, kepentingan negara dari segi kestabilan politik dan kerajaan yang stabil mengatasi semua kepentingan peribadi dan jawatan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Namun, Chieng Jen akur dengan ketetapan dibuat DAP sama seperti pendirian yang dibuat Setiausaha Agungnya, Anthony Loke minggu lepas.

“Kami menerima apa sahaja aturan yang dibuat oleh perdana menteri untuk kerajaan yang lebih stabil.

“Kami sangat percaya bahawa dengan Pakatan Harapan sebagai tulang belakang kerajaan sekarang – pentadbiran akan bergerak dari zaman korupsi dan kronisme dulu.

“Mereka yang telah terbiasa dengan cara lama pentadbiran BN perlu berubah untuk menjadi lebih bertanggungjawab,” katanya lagi.

Chieng Jen menggesa ahli dan penyokong parti supaya tidak kecewa dengan keadaan dialami oleh DAP Sarawak.

Berita berkaitan
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
10 jam lalu· Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu· Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023· Politik
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Mampukah Zahid, pasukan baharu UMNO kikis imej perasuah, sakau?
14 minit lalu · Politik
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
2 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
‘Zaman Warisan sudah berlalu’
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok