DAP Sarawak bidas Anwar jangan putar belit macam Zahid

December 6, 2021 · Politik

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen membidas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak memutar-belit fakta seperti anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Chieng Jen menafikan dakwaan Anwar yang mengatakan PKR cuma diberikan kerusi sisa pada PRN Sarawak.

Menurut laporan Bernama, Chieng Jen, bagaimanapun mengakui bahawa terdapat pihak tertentu dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang tidak berpuas hati semasa rundingan peruntukan kerusi bagi pilihan raya negeri ini.

“Saya fikir itulah yang kita panggil rundingan. Pada penghujungnya, anda tidak boleh menggembirakan semua pihak. Terdapat kerusi yang boleh menang dan kerusi yang lebih sukar. Ada yang kita kategorikan sebagai kerusi putih, kelabu dan hitam. Kami juga bersaing dalam beberapa kerusi hitam.

“Saya tidak fikir itu akan menjadi masalah dan penghalang untuk kerjasama antara parti-parti PH,” kata pengerusi PH Sarawak itu selepas penamaan calon selesai bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan hari ini.

Minggu lepas, Anwar, yang juga pengerusi PH, berkata partinya dilabelkan ‘tamak’ sedangkan ia cuma menerima kerusi sisa di Sarawak ketika sedang dibahagikan.

Katanya, PKR hanya diberikan kerusi tidak boleh dimenangi yang tidak diinginkan oleh orang lain.

Mengenai pencalonannya untuk kerusi DUN Padungan, Chieng Jen berkata beliau kini akan menyerahkan nasibnya kepada pengundi.

“Saya akan memberi dan menunjukkan yang terbaik kepada mereka dalam jangka masa sehingga hari pengundian,” kata Ahli Parlimen Stampin itu.

Chieng Jen telah beralih ke Padungan daripada kerusi DUN Kota Sentosa yang disandangnya sejak 2006.

Pada PRN Sarawak ke-12 ini, kerusi DUN Padungan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), DAP, Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi).

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
22 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok