DAP sanggah cadangan Saifuddin berhubung kerjasama politik dengan PN

April 24, 2022 · Politik

Kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang seakan membuka pintu kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) disanggah DAP yang menolak idea tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tidak senada dengan PKR, rakan satu gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) itu yang mahu membuka pintu rundingan dengan Bersatu dan PAS untuk menghadapi PRU-15 dengan menggesa supaya pemimpin PKR berhenti mengeluarkan kenyataan mengelirukan.

“Ini adalah polemik tiada kesudahan, kalau kita selalu memberi kenyataan seperti itu (kerjasama dengan PN) ia akan mengelirukan penyokong kita.

“… saya menyeru supaya semua pimpinan parti PH, kalau nak bincang strategi, cadangan kerjasama dan sebagainya ia mesti bincang dalam majlis presiden dan membuat keputusan dipersetujui bersama dan bukannya memberi kenyataan yang dilihat bercanggah dan mengelirukan penyokong,” kata Loke dipetik laporan FMT.

Loke mengulas kenyataan Saifuddin bahawa gabungan itu bersedia berunding, termasuk berbincang dengan mana-mana parti politik untuk bekerjasama menghadapi PRU-15.

Berhubung kerjasama dengan PN, Loke berkata DAP sama sekali menolak sebarang idea ke arah kerjasama politik dengan gabungan tersebut yang dianggap sebagai lawan mereka.

“Lebih-lebih lagi PAS sendiri telah nyatakan pendirian bahawa mereka tidak akan kerjasama dengan PH,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub turut mengeluarkan kenyataan senada dengan Saifuddin yang menggesa kepimpinan PH tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang PRU-15, termasuk mengadakan perbincangan bersama Bersatu dan PAS.

Pembangkang kini sedang berusaha untuk menggabungkan semua parti untuk duduk dibawah satu “Khemah Besar”, ia susulan prestasi buruk parti pembangkang dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

Untuk rekod, perpecahan dikalangan parti pembangkang nyata memberi kelebihan kepada UMNO-Barisan Nasional (BN), ia terbukti menerusi keputusan tiga PRN di Melaka, Sarawak dan Johor yang lalu.

Dalam pada itu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin parti politik, ia dipercayai bagi membincangkan berhubung sebarang kemungkinan bentuk kerjasama untuk berdepan UMNO-BN pada PRU-15 nanti.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok