DAP rasa Najib belum bertaubat

June 16, 2022 · Politik

DAP mengecam kenyataan yang sering dilontarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak dituduh mencuri dalam perbicaraan rasuahnya, tetapi didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata penafian oleh Najib secara terbuka kepada orang ramai berhubung perkara itu adalah sesuatu yang perlu dikecam sekeras-kerasnya.

“Dia pergi merata tempat. Dia kata apa? Dia kata ‘saya bukan didapati bersalah atas rasuah. Saya didapati bersalah atas pengubahan wang haram.’

“Tapi soalnya dia ingat orang kita… orang Malaysia ni bodohkah.

“Kalau wang itu bukannya rasuah mengapa dituduh money laundering. Mengapa dituduh mencuci wang tersebut kalau wang itu halal,” katanya dalam kenyataan menerusi siaran langsung dalam talian malam tadi.

Untuk rekod, pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Ahli Parlimen Pekan itu juga berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB.

Dia juga didakwa atas 16 tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum memindahkannya semula ke akaun milik Tanore berjumlah RM2,196,786,711.87.

Dia turut didakwa dengan lima tuduhan, menggunakan hasil daripada aktiviti haram untuk disalurkan kepada lima pihak.

Ia membabitkan RM20,000,000 kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO); UMNO Bahagian Batu Kawan (RM100,000); ahli perniagaan, Lim Soon Peng (RM246,000); ORB Solutions Sdn. Bhd (RM2,000,000) dan Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM303,000).

Mengulas lanjut Loke berkata penafian Najib bahawa pengubahan wang haram bukan satu rasuah adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

“Najib rasa seolah-olah dirinya tidak bersalah. Dia tak langsung rasa nak bertaubat,” katanya.

“Kalau kita biarkan rasuah ini berleluasa orang-orang yang berkuasa ini dah ketagih kepada rasuah. Dan kalau tak ada rasuah semua tak boleh jalan. Jadi kalau kita sampai ke tahap itu maka negara kita akan berada dalam satu keadaan yang cukup bahaya,” tambahnya.

Berita berkaitan
Pemuda UMNO tak paksa DAP minta maaf, kerjasama dengan PH masih kukuh: Akmal
17 minit lalu· Politik
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
5 jam lalu· Politik
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
June 9, 2023· Isu semasa
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
June 9, 2023· Politik
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Bekas ahli tak mahu subahat dengan pemimpin menyamak dan sucikan DAP
30 minit lalu · Politik
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
5 jam lalu · Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
19 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
23 jam lalu · Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok