DAP pusat pula bidas gesaan AMK mahu guna logo PKR dalam PRU

June 6, 2021 · Politik

Pemimpin DAP pusat juga senada dengan Pemuda DAP semalam yang membidas Angkatan Muda Keadilan (AMK) susulan gesaan supaya logo PKR digunakan parti komponen Pakatan Harapan (PH) lain bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) depan.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata AMK tidak sewajarnya membuat gesaan tersebut yang hanya akan menimbulkan konflik sesama sendiri dalam PH walhal keputusan sebelum ini sudah dicapai semua parti akan menggunakan logo rasmi PH.

“Isu ini sebenarnya telah dibincang dan dibahaskan secara panjang lebar dalam retreat PH di Port Dickson pada April lalu. Semua pihak dalam PH tahu pendirian masing-masing dan semua parti komponen sudah capai ‘general understanding’ dalam perkara ini.

“Apabila tiba masanya, Majlis Presiden PH akan buat keputusan bersama. Tak perlulah mana-mana pihak mengungkit perkara ini secara terbuka dan bertelagah sesama sendiri, ia tidak akan ke mana-mana,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Ahli Parlimen Seremban itu sebagai respon balas terhadap Ketua AMK, Akmal Nasrullah Md Nasir yang membuat gesaan semasa Kongres PKR agar PH menggunakan logo parti itu dalam PRU-15.

Jelas Setiausaha Organisasi DAP itu, soal strategi pilihan raya dan logo bukan keutamaan sebaliknya fokus perlu menumpukan ke arah membantu rakyat dalam tempoh yang mencabar semasa pandemik Covid-19 ketika ini.

“Saya rasa inilah beberapa perkara yang rata-rata rakyat Malaysia inginkan daripada kita sekarang.

“Soal strategi pilihan raya dan logo apa boleh dikemudiankan, sampai masanya, kita akan bertarung habis-habisan untuk mengembalikan mandat rakyat untuk PH,” katanya.

Semalam, Pemuda DAP menyatakan pendirian tidak akan menerima cadangan untuk menggunakan logo PKR pada PRU akan datang.

Ketua Pemudanya, Howard Lee Chuan How berkata cadangan daripada Akmal Nasir tersebut adalah tidak wajar dan menegaskan hanya logo rasmi PH sahaja akan digunakan dalam PRU nanti.

“Logo pilihan Dapsy dalam menghadapi PRU yang akan datang ini adalah, tidak lain tidak bukan, logo PH,” katanya.

Berita berkaitan
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
21 jam lalu· Politik
Kenapa Anwar keberatan nak lawan Zahid di Bagan Datuk?
September 27, 2022· Politik
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
September 26, 2022· Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022· Politik
Popular
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
September 28, 2022
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
3 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
6 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
7 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
9 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok