DAP perguna Anwar, calon Melayu untuk kuasai politik negara: Hadi

November 12, 2022 · Politik

Pemimpin reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Melayu yang diletak serta disokong DAP serta Pakatan Harapan, hanya sekadar ‘kuda tunggangan’ bagi mencapai cita-cita ekstrem parti itu dalam Pilihan raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menjadikan Singapura sebagai contoh bagaimana kuasa orang Melayu terhakis sedikit demi sedikit, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata DAP menggunakan orang Melayu sebagai taktik politik untuk berkuasa di negara ini.

“DAP turut mengemukakan Anwar Ibrahim sebagai calom Perdana Menteri dan meletakkan calon-calon Melayu bertanding. Pengundi Melayu kena faham bahawa ini adalah taktik politik.

“Meletakkan Anwar bertanding di Perak… nak jadikan Perak seperti Singapura?… jangan. Ini taktik pernah digunakan PAP Singapura yang menonjolkan Yusof Ishak untuk menjadi Presiden Singapura,” katanya pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional Parlimen Larut di Selama, Perak, malam tadi (11 November 2022).

Abdul Hadi menarik perhatian pengundi Melayu dalam PRU-15 ini supaya tidak dipergunakan DAP sebagaimana dilakukan PAP Singapura untuk menawan politik negara itu dahulu.

“Menteri-menteri Melayu ditonjolkan untuk menawan Singapura. Lee Kuan Yew boleh baca Jawi, pakai songkok. PAP ini ditubuhkan masa Singapura masuk Malaysia. Bila Singapura keluar Malaysia, PAP ditukar jadi DAP,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional berkata kedegilan sesetengah pemimpin UMNO terutama Majlis Tertinggi menerima Bersatu telah menggagalkan perpaduan ummah yang dibentuk menerusi Muafakat Nasional.

Sebaliknya, pemimpin UMNO sanggup pula untuk bersekongkol dengan Anwar serta DAP di bawah khemah besar untuk membentuk kerajaan di Perak.

Abdul Hadi berkata, ada pemimpin UMNO meminta kepada Kerajaan Perikatan Nasional supaya kesnya digugurkan, seperti dilakukan PH apabila mentadbir negara.

Menurutnya apabila tidak dilayan, mereka menarik sokongan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional dan mahu mengadakan pilihan raya segera kerana “nak kejar dengan kes mahkamah”.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
10 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
10 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok