DAP kini sokong Agong mahu Parlimen segera dibuka

June 19, 2021 · Politik

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mengandaikan bahawa masa semakin suntuk bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan Mesyuarat Khas Kabinet sebelum memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai depan, untuk mengelak berlakunya sebarang krisis Perlembagaan.

Pemimpin veteran DAP itu berkata, ini memandangkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat memerlukan notis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum persidangan bermula.

Katanya, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan bahawa Perdana Menteri perlu memutuskan 28 hari lebih awal, apabila Dewan Rakyat perlu bersidang.

“Perkara ini bermakna esok 20 Jun 2021 adalah tarikh akhir untuk Perdana Menteri memanggil sidang Dewan Rakyat pada 19 Julai dengan menghormati peruntukan Peraturan Mesyuarat ini.

“Sekiranya Kabinet hanya bermesyuarat pada hari Rabu, 23 Jun 2021, ia tidak akan dapat memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai dan pada masa yang sama menghormati peruntukan Peraturan Mesyuarat, walaupun masih terdapat ruang untuk mengadakan sidang Parlimen dalam 10 hari terakhir bulan Julai di antara 22 sehingga 30 Julai 2021,” katanya menerusi catatan di blognya hari ini.

Jelasnya, meskipun ada pihak yang memberikan hujah mengatakan yang dengan Ordinan Darurat, keperluan notis 28 hari ini dapat diketepikan, namun katanya Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah menitahkan supaya Parlimen bersidang semula secepat mungkin.

“Ini untuk membolehkan Ahli-ahli Parlimen membahaskan undang-undang darurat dan Pelan Pemulihan Negara yang sedang hangat diperbincangkan,” katanya.

Tambahnya lagi, ini bukanlah kali pertama Tuanku menzahirkan bahawa Parlimen patut bersidang walaupun negara sedang berada dalam darurat.

“Perdana Menteri tidak boleh terus berlengah lagi, tetapi perlu memanggil mesyuarat Kabinet segera untuk memanggil sidang Parlimen pada 19 Julai untuk membolehkan kita membuat permulaan baharu dan menyatukan rakyat Malaysia untuk melawan wabak Covid-19.

“Sebarang tafsiran berbeza terhadap “secepat mungkin” yang dititahkan oleh Yang di Pertuan Agong hanya akan memecah belahkan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Perdana Menteri sebelum ini memberi jaminan proses demokrasi akan tetap didukung kerajaan Perikatan Nasional dengan mengumumkan sidang Parlimen akan dibuka semula pada September atau Oktober depan nanti.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok