DAP desak UMNO, BN bertindak ke atas MP sokong Muhyiddin jadi PM

February 5, 2023 · Politik

Seorang ahli Parlimen (MP) DAP hari ini (5 Februari 2023) menggesa Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua MP BN yang menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM).

Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin berkata siasatan dan tindakan tatatertib mesti diambil sekiranya BN mahu mengekalkan kestabilan kerajaan perpaduan dan menghalang ‘Langkah Sheraton’ daripada berulang.

Beliau berkata gesaan supaya siasatan dijalankan adalah selaras dengan langkah UMNO mengambil tindakan tatatertib terhadap MPnya yang menandatangani SD menyokong Muhyiddin selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kenapa hanya MP UMNO yang dihukum kerana menyokong Muhyiddin sebagai PM dan bukannya MP BN yang lain?

“Adakah semua MP BN berada pada kedudukan yang sama, atau ada yang lebih tinggi daripada yang lain?

“Saya tidak berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman BN, tetapi segala usaha perlu diambil bagi memastikan kestabilan kerajaan perpaduan dan mengelakkan Langkah Sheraton 2.0 untuk daripada berulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mendedahkan identiti 10 MP BN yang menandatangani SD tanpa kelulusan parti.

MP itu terdiri enam daripada UMNO, dua daripada MCA, dan masing-masing seorang daripada MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Beberapa media melaporkan 10 MP terbabit ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong); Datuk Hasni Mohammad (Simpang Renggam); Datuk Seri Jalaludin Alias (Jelebu); Datuk Isam Isa (Tampin); Datuk Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah); Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis); Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam); Datuk Seri M Saravanan (Tapah); Datuk Seri Wee Jeck Seng (Tanjung Piai); dan Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan).

Pada 27 Januari lalu Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap beberapa pemimpin utamanya, termasuk Hishammuddin, yang keahliannya telah digantung selama enam tahun.

Hasni pula dipecat daripada jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan digantikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga MP Kota Tinggi.

Selepas keputusan PRU-15, tiada parti yang boleh menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan menyebabkan Parlimen tergantung.

Dilaporkan 10 MP BN itu telah menandatangani SD menyokong Muhyiddin, tetapi mereka menarik baliknya setelah dipaksa berbuat demikian.

Zahid kemudian membawa UMNO dan BN menyertai PH bagi membentuk kerajaan baharu, sebelum Istana Negara kemudiannya mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke-10.

Mengulas lanjut, Chong yang juga Setiausaha Publisiti DAP Perak menegaskan bahawa siasatan penuh mesti dijalankan terhadap semua MP BN yang menandatangani SD.

“Di bawah Akta Akuan Berkanun 1960, mana-mana orang yang membuat SD palsu boleh didakwa dan berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.

Berita berkaitan
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
2 jam lalu· Isu semasa
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok