DAP dakwa kerajaan PN akan mohon lanjut darurat

April 18, 2021 · Politik

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka akan memohon untuk melanjutkan tempoh darurat walaupun ia sepatutnya akan berakhir pada Ogos nanti, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasssin kini berdepan saat sukar ekoran tiada sokongan daripada UMNO dan langkah melanjutkan tempoh darurat hanya satu-satunya jalan yang ada sekiranya tidak mahu melihat kerajaan PN tumbang.

“Itu sekiranya darurat tidak dilanjutkan, kerana ada ura-ura bahawa berikutan kenaikan kes Covid-19, permohonan akan dibuat untuk melanjutkan darurat. Ini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ada kemungkinan besar tidak dilanjutkan kerana tidak berkesan untuk mengurangkan kes Covid-19. Bila darurat tamat kena buka Parlimen dan kita semua tahu Muhyiddin tidak ada majoriti,” katanya dipetik dalam portal Utusan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Januari lalu memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Selepas pengisytiharan tersebut, pelbagai pihak mengritik kerajaan PN termasuk rakan komponennya UMNO yang mendesak supaya tempoh tersebut segera ditamatkan.

Mac lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan tiga wakil rakyat pembangkang, Ahli Parlimen Pulai, Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Amanah); Ahli Parlimen Sungai Petani, Kedah, Johari Abdul (PKR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Perak, Abdul Aziz Bari (DAP) bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan Perdana Menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Mahkamah memutuskan bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 (1) dan 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan berhubung pengisytiharan darurat tidak boleh dicabar menerusi semakan kehakiman kerana Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan adalah sah dan berperlembagaan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
7 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Muhyiddin hargai setiakawan PAS
October 13, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok