DAP buang saya di Bentong, kata Wong Tack

October 28, 2022 · Politik

Penyandang Parlimen Bentong, Wong Tack mendakwa DAP Pahang memutuskan untuk membuangnya bukan saja dari kawasan itu malah dari negeri itu.

Namun keputusan itu menerima kritikan daripada akar umbi sebaik mereka mengetahui keputusan tersebut.

“Kepimpinan DAP kata saya tidak digugurkan sebaliknya ditawarkan ke Cameron Highlands. Ini tidak tepat.

“Pada 16 Oktober saya dimaklumkan jawatankuasa DAP Pahang telah putuskan untuk buang saya dari Bentong. Saya juga tak akan bertanding mana-mana kerusi di Pahang. Saya dilenyapkan terus dari Pahang sepenuhnya.

“Kemudian ada kritikan dari akar umbi terutama ahli DAP Bentong yang mengetahui berita itu. Mereka dapati keputusan parti itu tak logik. Pasukan kita sudah bekerja keras bertahun-tahun untuk rakyat. Kami yakin diberi mandat lagi oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, parti kemudiannya menawarkan kerusi Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti namun ditolak mentah-mentah kerana beliau tetap mahu mempertahankan Bentong.

“Saya bagitahu pendirian saya kepada parti yang ahli di Bentong dan saya akan teguh berdiri di Bentong.

“Parti kemudiannya tawarkan saya kerusi Cameron Highlands. Saya terus tolak tawaran itu.Pada 23 Oktober Anthony Loke ajak jumpa dan dia tetap minta saya pertimbangkan tawaran itu,” katanya.

Rabu lalu, DAP menamakan Young Syefura sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Bentong.

Wong kemudiannya memutuskan untuk bertanding atas tiket Bebas di Parlimen tersebut pada PRU-15 nanti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
7 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
21 jam lalu· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
15 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
16 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok