DAP boikot majlis pengumuman calon PH bersama Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa kehadiran wakil DAP yang tidak berpuas hati dengan langkah meletak dua calon bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menarik sokongan sebelum ini.

Majlis pengumuman calon oleh Presiden PKR itu tidak dihadiri pimpinan utama DAP selepas dua bekas ADUN, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan disahkan akan bertanding atas tiket PH.

Idris akan bertanding bertanding mewakil PKR di Asahan sementara Nor Azman akan bertanding di Pantai Kundor.

Terdahulu, pencalonan kedua-dua mereka itu mendapat penentangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Untuk rekod, DAP semalam mengadakan majlis pengumuman calon berasingan tidak bersama dengan Anwar dan juga Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Anwar berkata keputusan untuk memasukkan kedua-dua calon tersebut sudah menjadi “rahsia terbuka”.

Beliau juga mendakwa Guan Wng tidak menghadiri majlis pengumuman hari ini kerana DAP sudah mengumumkan calon mereka lebih awal.

“Saudara Guan Eng dan pimpinan DAP menyampaikan salam hormat kerana meminta kepada kami untuk mengumumkan awal di Kuala Lumpur beberapa hari lalu nama-nama calon yang dikemukakan DAP mewakili PH,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR