DAP bidas UMNO tumpu isu Najib tapi tak prihatin skandal kapal LCS

August 19, 2022 · Politik

Veteran DAP Lim Kit Siang mengkritik pemimpin tertinggi UMNO kerana mereka kelihatan kurang prihatin terhadap akauntabiliti dalam skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) bernilai RM9 bilion, berbanding isu yang mereka bangkitkan mengenai rayuan sabitan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, mereka amat bimbang kerana laporan Jawatankuasa Siasatan Khas Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan (JKSTUPKK) yang menamakan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelian enam buah kapal itu dengan harga RM9 bilion.

“Adakah ‘tangan tersembunyi’ di belakang Zahid dan siapakah ‘tangan tersembunyi’ ini?,” soal Kit Siang.

Beliau berkata baharu semalam Zahid mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan kes SRC International “menghakis integriti badan kehakiman”, tetapi telah berdiam diri sepenuhnya mengenai laporan JKSTUPKK yang mendedahkan peranan utamanya dalam skandal LCS.

“Bolehkah Zahid menjelaskan sikap berdiam diri mengenai peranan utamanya dalam skandal LCS RM9 bilion, yang telah mendedahkan penafian berterusannya sebelum ini bahawa dia tidak harus dipersalahkan atas skandal LCS, sebagai pembohongan?,” soal beliau lagi.

Laporan JKSTUPKK mendedahkan bahawa Zahid, sebagai menteri pertahanan pada 2011, telah memihak kepada kontraktor, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan bukannya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pengguna akhir untuk enam LCS yang ditempah kerajaan.

Kit Siang berkata Zahid berhutang penjelasan kepada orang ramai mengapa beliau tidak mengendahkan syor TLDM untuk LCS jenis Sigma dan sebaliknya secara unilateral memilih untuk menggunakan Gowind.

Laporan JKSTUPKK juga mengandungi teguran Panglima TLDM ketika itu Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, yang menyifatkan perolehan aset TLDM kerajaan berdasarkan pilihan kontraktor dan bukannya tentera laut, sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini.

Lim juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan mengapa agensi itu masih belum mendakwa sesiapa secara langsung untuk skandal LCS berkenaan.

Menurutnya tiga pertuduhan terhadap bekas Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor pada Isnin lepas tidak berkaitan dengan isu itu kerana ia mendahului Surat Anugerah 16 Disember 2011 untuk perolehan LCS.

Beliau juga menggesaMenteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertanggungjawab kerana masih mendiamkan diri mengenai keputusan kementeriannya bagi mengurangkan separuh bilangan LCS yang perlu disiapkan dan dihantar kepada TLDM oleh kontraktor, tanpa dana tambahan kerajaan.

“Apabila Hishammuddin hadir di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 25 Januari 2022, beliau bercakap mengenai ‘penstrukturan semula korporat’ kontrak LCS RM9 bilion dan kontraktor, BNS, perlu menyerahkan dua LCS tanpa sebarang kos baharu kepada kerajaan.

“Tetapi persoalan yang lebih penting ialah sama ada kontraktor BNS telah bersetuju untuk menyiapkan LCS 1 tanpa melibatkan peruntukan baharu kerajaan,” kata Kit Siang.

Beliau menuntut menteri menunjukkan akauntabiliti dengan menjawab soalan yang dikemukakan secara terbuka kepada mereka mengenai perolehan awam dan kewangan.

Berita berkaitan
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
1 jam lalu· Politik
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
1 jam lalu· Politik
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu· Isu semasa
Pemimpin UMNO tak percaya dakwaan Rafizi sokongan Melayu jatuh
6 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
October 2, 2022
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
October 2, 2022
Senario dihadapi Ismail Sabri sama dengan Muhyiddin, bezanya cuma..
October 2, 2022
Lagi Politik terkini
Ismail Sabri mungkin ditekan kluster mahkamah adakah PRU-15 tahun ini
17 minit lalu · Politik
UMNO menang tak lebih 50 kerusi, rakyat dah tahu penipuan mereka
40 minit lalu · Politik
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
3 jam lalu · Politik
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
3 jam lalu · Politik
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
1 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok