DAP berdendam terhadap Muhyiddin

February 6, 2023 · Politik

Gesaan Ahli Parlimen (MP) Kampar (DAP) Chong Zhemin supaya rakan baharu mereka – Barisan Nasional (BN) – mengambil tindakan terhadap 10 MP yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, membuktikan MP Pagoh itu memperoleh sokongan daripada 115 MP.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata gesaan MP Kampar ini mencerminkan sikap parti DAP, walaupun semua MP mempunyai hak untuk menyokong mana-mana ahli Dewan Rakyat.

Menurutnya gesaan itu juga menunjukkan DAP terlalu marah kepada Muhyiddin sehinggakan sesiapa sahaja yang menyokong bekas Perdana Menteri itu mesti dihukum walaupun itu adalah hak Ahli Dewan Rakyat di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan yang menghalang tindakan lompat parti dalam kalangan Ahli-Ahli Dewan Rakyat tidak menutup hak MP untuk menyatakan kepercayaan kepada seorang MP yang lain sebagai Perdana Menteri walaupun berlainan parti.

“Gesaan ini juga membuktikan benarlah bahawa Tan Sri Muhyiddin pada 21 November 2022 telah mendapat kepercayaan majoriti 115 Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

“Tetapi kerana terdapat tekanan politik, 10 Ahli Dewan Rakyat BN (6 UMNO, 2 MCA, 1 MIC, 1 PBRS) terpaksa menarik balik sokongan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (6 Februari 2023).

Semalam, Zhemin menggesa Dewan Tertinggi BN menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua MP BN yang menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Zhemin berkata gesaan supaya siasatan dijalankan adalah selaras dengan langkah UMNO mengambil tindakan tatatertib terhadap MP yang menandatangani SD menyokong Muhyiddin selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengulas lanjut Marzuki berkata DAP marah dan berdendam kerana jika Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri dengan sokongan 10 Ahli Dewan Rakyat BN ini, DAP tidak akan berpeluang berada di dalam kerajaan seperti hari ini.

“Dengan tidak terlantiknya Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, maka kembalilah DAP menguasai kerajaan. Inilah masanya DAP menyerlahkan “politics of vangeance” mereka sepertimana gesaan Ahli Parlimen Kampar ini.

“Tindakan Ahli-Ahli Parlimen BN yang mempertahankan dasar “NO DAP” sepertimana yang disuarakan oleh akar umbi parti mereka sendiri tiba-tiba menjadi satu kesalahan besar. DAP tidak peduli. Dendam mereka lebih besar daripada suara akar umbi parti orang lain.

“Nampaknya dunia politik sudah terbalik. Ahli-ahli Parlimen BN berdepan dengan tindakan disiplin semata-mata kerana mempertahankan suara akar umbi parti mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok